Chuu LOONA failkan tuntutan di mahkamah terhadap agensinya sebelum ‘Queendom 2’ bermula

Chuu atau nama sebenarnya Kim Ji Woo telah memfailkan tuntutan di mahkamah untuk membatalkan kontraknya bersama agensinya, Blockberry Creative.

Berdasarkan laporan daripada Wikitree, Chuu sudah berusaha untuk membatalkan kontrak dengan agensi yang menguruskan LOONA itu sejak Disember 2021 dan berjaya mendapatkan kebenaran mahkamah untuk perintah injuksi, yakni kontraknya bersama agensinya bakal digantung sehingga keputusan akhir dikeluarkan oleh mahkamah.

Blockberry Creative setakat ini belum mengulas mengenai isu tuntutan mahkamah anak buahnya itu terhadapnya. Alasan di atas tindakan Chuu itu juga belum didedahkan lagi.

Sementara itu, Chuu masih bergiat aktif bersama LOONA untuk menjayakan penyertaan sulung kumpulan itu di Mnet Queendom 2. Bagaimanapun, beliau tidak hadir di dalam konsert jelajah ‘LOOΠΔVERSE: FROM’ pada Februari 2022 dengan memetik masalah kesihatan sebagai alasannya.

Sumber: wikitree

loading...