Cubaan memerangkap Kris Wu dengan dakwaan rogol, pelan ‘jahat’ Du Meizhu (DMZ) akhirnya terbongkar?

Kris Wu, bekas penyanyi idol dari EXO, kembali hangat diperkatakan di media sosial apabila rakaman video daripada rakan Du Meizhu (DMZ) sendiri memaklumkan bahawa mereka membuat perancangan untuk memerangkapkan Kris Wu dengan dakwaan rogol ke atas beberapa orang wanita termasuk gadis bawah umur (12 tahun) sebelum ini.

Pada 8 Mac 2022 lalu, kedua-dua rakan DMZ, Liu Meili dan Li En, mengeluarkan rakaman video di aplikasi Cina Kwai mendedahkan bahawa DMZ  sedang berbicara tentang kemungkinan untuk menakut-nakutkan Kris Wu dengan tuduhan rogol.

 

Di dalam rakaman audio pertama, suara yang didakwa sebagi DMZ itu mengakui dia telah menerima sejumlah wang bagi memperolokkan dirinya sebagai mangsa dan akhirnya memerangkap Kris. Menurut laporan polis sebelum ini, emak Kris Wu pernah diugut untuk memindahkan 500,000 yuan (~RM331,000) kepada akaun peribadi DMZ. Walaubagaimanapun, dalam kenyataan berlainan, DMZ menafikannya dan mendakwa rakaman audio itu telah disunting.

Tidak cukup dengan itu, di dalam rakaman suara daripada telefon bimbit Li En pula dalam satu temu bual bersama sebuah program televisyen, DMZ hanya cuma mahu menakut-nakutkan Kris Wu dan beranggapan bahawa  Kris Wu akan bertaruh dengannya samada mahu berserah kepadanya apabila dia berjaya mengheret penyanyi idol itu hingga ke dasar. DMZ dikatakan cuba mengambil sesuatu yang agak ‘berguna’ untuk dirinya kerana merasakan dia tidak mungkin akan menang jika sekadar mendedahkan skandal tersebut.

Di tanya tentang apakah yang dimaksudkan ‘berguna’ oleh DMZ itu, Li En turut menasihati pengikut laman weibo-nya supaya mendengar semula rakaman audio pertama tersebut kerana ianya dikatakan diambil pada 12 Julai 2021.

Berikutan penularan video tersebut, netizen menyatakan sokongan untuk diadakan siasatan semula terhadap tuduhan Kris Wu menarik perempuan untuk berkelamin dengannya, mengadakan seks dengan gadis-gadis muda dan merogol mereka ketika dalam keadaan tidak sedar diri. Hal ini kerana Kris Wu berkemungkinan diperangkap di dalam skandal terkutuk tersebut demi memenuhi tuntutan jahat DMZ.

DMZ sekali lagi menyangkal dakwaan daripada dua orang bekas rakannya itu dan menggesa netizen agar tidak mempercayai khabar angin. Malah, dia mahu mereka melaporkan kepada pihak polis berbanding bercakap di media sosial.

Kris Wu kini masih ditahan menurut pendakwaan dibuat oleh Chaoyang Beijing pada 16 Ogos 2021. Jika beliau didapati bersalah, beliau mungkin dijatuhkan hukuman penjara hingga berbelas tahun.

Video weibo:

1. https://share.api.weibo.cn/share/288161935,4745327833514365.html ,

2. https://share.api.weibo.cn/share/288197936,4745094886588681.html

Sumber: weibo, twitter

loading...