Super Junior ungguli jualan album terlaris minggu ini atasi TEMPEST, TREASURE & NMIXX, menurut Hanteo & Gaon

 

Super Junior melakarkan sejarah karier nyanyian mereka, apabila sekali lagi meraih jualan album terlaris di Korea di dalam seminggu.

Super Junior berjaya melakukannya dengan keluaran album single istimewa, ‘The Road : Winter for Spring’’ dengan pungutan sebanyak 101,195 unit unit di dalam seminggu sekaligus merangkul no.1 serta mengatasi TEMPEST (It`s ME, It`s WE), TREASURE (The Second Step : Chapter One), NMIXX (Ad Mare) dan artis-artis SM (SMTOWN SMCU EXPRESS) yang masing-masing berada di kedudukan no.2, 3, 4 dan 5 di dalam carta album Gaon minggu ini.

Dengan kedudukan no.1 di dalam carta mingguan Gaon sekali lagi, Super Junior menambah bilangan no.1 diperolehinya itu kepada sembilan. Kali pertama Super Junor melakukannya adalah menerusi album studio keempat, Bonamana yang dilancarkan pada 13 Mei 2010. Manakala, rekod bilangan no.1 terbanyak di dalam seminggu di Gaon kini masih dipegang oleh EXO, dan diikuti oleh BTS.

‘The Road : Winter for Spring’ mengandungi 2 buah lagu baru dengan ‘Callin’’ dijadikan single utama.

Sumber: Gaon , Hanteo news

loading...