“Masa untuk balas balik” – Ini respons Ahn Hyo Seop sebaik saja dapat tahu siapa Kim Se Jeong sebenar di dalam SBS Business Proposal

Drama SBS Business Proposal semakin menunjukkan momentumnya dengan peningkatan rating untuk saban episod yang ditayangkan.

Kang Tae Moo (lakonan Ahn Hyo Seop) tampaknya sudah mengetahui rahsia, yakni identiti sebenar Shin Hari (lakonan Kim Se Jeong), wanita yang diarahkannya untuk tandatangani kontrak menjadi kekasihnya sepanjang mereka menjalani fasa hubungan cinta yang palsu.

Sekali lagi penonton disajikan dengan adegan-adegan lelucon di dalam episod ketiga dan keempat yang ditayangkan apabila Shin Hari cuba mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan Kang Tae Moo di bangunan tempat mereka bekerja, malah juga mengelakkan diri bersemuka dengan datuk Kang Tae Moo (lakonan Lee Duk Hwa) sewaktu melaksanakan urusan kerja di luar pejabat.

Namun, helahnya untuk menyembunyikan identitinya tidak lagi berkesan setelah Shin Hari tertinggal dompet di dalam kereta selepas keluar ‘dating’ bersama Kang Tae Moo, malam mereka menyambut ulang tahun percintaan untuk hubungan palsu tersebut. Kang Tae Moo terkejut apabila mendapati Shin Geum Ui ialah Shin Hari, pekerja di syarikatnya di mana dia telah ditugaskan sebagai CEO. Dalam sedutan episod akan datang, penonton akan dihidangkan dengan adegan-adegan di mana Kang Tae Moo akan memaksa Shin Hari untuk sentiasa berjumpa dengannya di pejabat. Kang Tae Moo yang sudah pun memendam perasaan terhadap Shin Hari, seakan-akan mahu membalas balik kerana mendapati dirinya sudah ditipu sebanyak dua kali oleh Shin Hari sebelum ini.

UltimateSnappyFruitbat

LameSoftAmerican saddlebred

Episod keempat telah merekodkan rating sebanyak 8.9% di Seoul dan 8.7% secara keseluruhannya menurut AGB Nielsen, meningkat berganda berbanding tiga episod sebelumnya. Drama ini yang turut dibintangi oleh Seol In Ah, Kim Min Kyu, Choi Byung Chan, dan Song Won Seok boleh ditonton menerusi Netflix setiap hari Isnin dan Selasa, jam 10.00 malam.

Sumber: sport khan