Ekspedisi filem The Battleship Island borong Song Joong Ki, So Ji Sub & Hwang Jung Min ke Malaysia

Perhatian Kepada Peminat Hwang Jung Min, So Ji Sub dan bakal pengantin Song Joong Ki; CJ Entertainment, Clover Films dan GSC Movies berbesar hati mengumumkan bahawa THE BATTLESHIP ISLAND Malaysia Star Tour akan diadakan pada 9 Ogos depan.

Filem aksi perang yang dinanti-nantikan ramai dan dijangka pecah panggung ini dibawakan khas oleh  tvN Movies, World’s FIRST & ONLY Korean Blockbuster movie channel. Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat  Ryoo Seung Wan (Veteran, The Berlin File, The City of Violence) dibarisi oleh pelakon utamanya yang juga merupakan award-winning veteran Hwang Jung Min (Ode To My Father, Veteran) , juga tidak ketinggalan si pencuri hati iaitu So Ji Sub (Master Sun, Oh My Venus) dan Song Joong Ki (Decendants Of The Sun,The Innocent Man). Kesemua mereka bakal temui peminat di Malaysia bagi mepromosikan filem ini selepas mendapat sambutan hangat di Korea.

Filem ‘The Battleship Island‘ ini mengisahkan keberanian tiga lelaki yang melarikan diri dari kem buruh paksa di “Battleship Island” dan mengetuai 400 rakan tahanan Korea ketika era kolonial Jepun.

The Battleship Island Malaysia Star Tour dengan bangganya dibawakan tvN Movies; dengan kerjasama daripada Rakan Kongsi Radio – MY FM & Melody FM; Dan Rakan Kongsi TV – tvN.

The Battleship Island diedarkan bersama di Malaysia oleh Clover Films dan GSC Movies bersekutu dengan King Kong Media Productions.
Filem ini akan ditayangkan ke seluruh negara mulai 17 Ogos 2017.

Maklumat terperinci mengenai acara tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook GSCMovies.

Nota:
So Ji Sub dan Song Joong Ki pernah dicalonkan menerusi drama Master Sun  serta Decendants Of The Sun pada Cari Kdrama Award 2013 dan  Cari Kdrama Award 2016. Song Joong Ki menang Best Actor menerusi drama Nice Guy.
 

The Battleship Island Official Trailer

 

loading...