[Gempar] Hyomin T-ara akhirnya berpisah dengan pemain bola sepak, Hwang Ui Jo

Hyomin T-ara akhirnya berpisah dengan kekasihnya, Hwang Ui Jo yakni, seorang pemain bola sepak.

“Saya nak beritahu status mengenai hubungan kami yang dilaporkan pada Januari lalu. Ketika itu, kami sedang dalam proses berkenalan. Tetapi disebabkan situasi tak mengizinkan, kami akhirnya berpisah dan akan saling menyokong antara satu sama lain. Kami memutuskan untuk jadi kawan,” kata Hyomin atau nama sebenarnya Park Seon Young.

Terdahulu pada awal Jan 2022 lalu, portal Dispatch melaporkan kedua-duanya sedang dilamun cinta berdasarkan bukti foto mereka bercuti di Switzerland. Kedua-duanya bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi samada menafikan atau mengiyakan gosip cinta tersebut.

Hyomin merupakan bekas ahli kumpulan T-ara yang popular dengan lagu-lagu seperti ‘Like the First Time’, ‘Crazy for You’, ‘Bo Peep Bo Peep’, ‘Lovey Derby’, ‘Roly-Poly’ dan ‘Sexy Love’. Dua rakan dalam ahli kumpulan sama iaitu Park Jiyeon dan Soyeon turut bercinta dengan atlet sukan.

Sumber: news1

loading...