Gempa bumi berskala tinggi menghentam dunia kpop, NMIXX, anak didik terbaru JYP ini kejutkan dunia dengan pelancaran album ‘debut’ pertama

JYP telah berjaya menubuhkan kumpulan kpop terbaru di bawah jagaannya iaitu NMIXX dengan album ‘debut’ mereka yang dilancarkan pada 22 Feb 2022 hari ini.

NMIXX yang dianggotai oleh tujuh orang ahli berbangsa Korea iaitu Lily, Haewon, Sullyoon, Jinni, Bae, Jiwoo dan Kyujin ini, dicipta berdasarkan tema, ‘gabungan terbaik yang dipertanggungjawabkan untuk peralihan ke era baru’. N bermaksud senjata manakala MIX pula sebagai simbol kepelbagaian citarasa. Dengan digabungkan kedua-duanya, ia membawa maksud membuka era baru di dalam dunia kpop. Menyorot sedikit maklumat mengenai ahlinya, Lily dan Haewon yang merupakan pelatih JYP yang direkruit daripada SBS K-pop Star Musim ke-4 ini, dikatakan telah berkecimpung sejak enam tahun setengah lalu.

Album ‘debut’ mereka, ‘Ad Mare’ telah berjaya dilancarkan dengan lagu O.O dijadikan single utama manakala lagu Tank pula dijadikan sebagai runut sampingan. Lagu O.O ditakrifkan sebagai gabungan irama bergenre ‘bailey funk’ dan ‘pop rock remaja’, yang membuatkan sesiapa saja mendengarnya akan mengulanginya sekali lagi kerana mahu melihat sesuatu yang baru dan bersedia untuk dikejutkan. NMIXX akan menyambung legasi yang pernah ditinggalkan oleh Wonder Girls, Miss A, Twice, dan ITZY.

NMIXX akan membuat persembahan ‘debut’ showcase pertama pada jam 7 pm, 1 Mac 2022 bertempat di Dewan Blue Square Mastercard, Yongsan-gu, Seoul. Mereka juga menyusul dengan kemunculan pertama di hadapan peminat di seluruh dunia sejurus selepas itu yang mana boleh ditonton menerusi Youtube.

Sumber: xsportnews

loading...