Tak berpuas hati NMIXX ciplak konsep album ATEEZ terdahulu, peminat ATINY tuntut permohonan maaf daripada JYP

Muzik video ‘O.O’ dendangan NMIXX dikatakan mendapat kritikan hebat daripada sebilangan penggemar muzik kpop, terutamanya daripada kalangan peminat ATEEZ.

Menerusi tanda pagar #JYP_plagiarism controversy_explain” dan #JYP_explain_apology_acknowledgment” yang bertebaran di laman twitter sejak daripada tadi, peminat ATEEZ melahirkan rasa tidak berpuas hati apabila mendapati muzik video O.O seakan-akan menyamai konsep yang pernah dipertaruhkan ATEEZ menerusi lagu ‘Declaration’ yang dimuatkan untuk album mini pertama, ‘TREASURE EP.Map To Answer’ sebelum ini.

“Sangat melampau ya sebilangan adegan daripada muzik video O.O. Sampai menciplak konsep ‘wordview’ daripada ATEEZ,” dakwa peminat itu.

Dengan membandingkan beberapa adegan daripada muzik video tersebut, kewujudan kapal lanun berwarna merah jambu yang tenggelam ke dasar sebelum NMIXX memunculkan diri di tengah-tengah bandar dipersoalkan peminat ATEEZ berikutan adegan yang sama juga diperhatikan.  Malah, ‘New Frontier: Declaration’, video berkonsep daripada NMIXX juga dikritik hebat kerana mirip dengan kulit album ‘ATEEZ ZERO Fever: Part 1, yang bertemakan ‘utopia’ daripada ATEEZ.

“Sampailah hati agensi besar menindas agensi kecil dengan menciplak kesemuanya,” jerkah peminat ATEEZ dengan nada marah.

NMIXX yang dianggotai oleh tujuh orang ahli berbangsa Korea iaitu Lily, Haewon, Sullyoon, Jinni, Bae, Jiwoo dan Kyujin ini, dicipta berdasarkan tema, ‘gabungan terbaik yang dipertanggungjawabkan untuk peralihan ke era baru’. N bermaksud senjata manakala MIX pula sebagai simbol kepelbagaian citarasa. Dengan digabungkan kedua-duanya, ia membawa maksud membuka era baru di dalam dunia kpop. Menyorot sedikit maklumat mengenai ahlinya, Lily dan Haewon yang merupakan pelatih JYP yang direkruit daripada SBS K-pop Star Musim ke-4 ini, dikatakan telah berkecimpung sejak enam tahun setengah lalu.

Album ‘debut’ mereka, ‘Ad Mare’ telah berjaya dilancarkan dengan lagu O.O dijadikan single utama manakala lagu Tank pula dijadikan sebagai runut sampingan. Lagu O.O ditakrifkan sebagai gabungan irama bergenre ‘bailey funk’ dan ‘pop rock remaja’, yang membuatkan sesiapa saja mendengarnya akan mengulanginya sekali lagi kerana mahu melihat sesuatu yang baru dan bersedia untuk dikejutkan.

NMIXX yang dikatakan akan menyambung legasi yang pernah ditinggalkan oleh Wonder Girls, Miss A, Twice, dan ITZY ini akan membuat persembahan ‘debut’ showcase pertama pada jam 7 pm, 1 Mac 2022 bertempat di Dewan Blue Square Mastercard, Yongsan-gu, Seoul. Mereka juga menyusul dengan kemunculan pertama di hadapan peminat di seluruh dunia sejurus selepas itu yang mana boleh ditonton menerusi Youtube..

Sumber: theqoo, topstarnews, twitter

loading...