Han Ji Hyo bakal dilamar Doyoung NCT sebagai kekasih di dalam drama TVING To X Who Doesn’t Love Me

Han Ji Hyo dan Kim Do Young akan bergandingan sama untuk drama terbaru terbitan TVING berjudul “To X Who Doesn’t Love Me”.

TVING To X Who Doesn’t Love Me berkisarkan tentang buku nota yang mempunyai kuasa untuk membolehkan seseorang jatuh cinta kepada pemiliknya.

Doyoung akan memegang watak Jung Shi Ho, pelajar kolej yang masih dalam keadaan trauma kerana pernah mengalami insiden pahit di dalam hidupnya ketika di sekolah rendah manakala Han Ji Hyo pula akan membawa watak Seo Hee Soo, seorang yang tiada keyakinan diri kerana tidak merasakan dirinya bagus. Hanya Jung Shi Ho saja yang mengetahui rahsia di sebalik kuasa yang diberikan oleh pemilik buku nota itu hingga kadang-kala membuatkannya resah kerana Seo Hee Soo tetap mahu menggunakan buku nota tersebut untuk bercinta dengan seseorang selama sebulan.

Doyoung NCT menceburkan diri sebagai pelakon buat pertama kali di dalam drama web bersiri, Midnight Cafe 3: The Curious Stalker manakala Han Ji Hyo pun pernah membuat ‘cameo’ di dalam tvN Hospital Playlist 2 dan membintangi KBS Royal Secret Agent sebelum ini.

TVING “To X Who Doesn’t Love Me” dijangka akan menemui penonton pada Jun 2022 ini.

Sumber: star1

loading...