Jennie Blackpink menjadi sebutan netizen selepas gambarnya beraksi sebagai model Calvin Klein tertular.
Jennie yang dilihat berbikini sekali lagi sebagai model Calvin Klein itu, telah membuatkan peminat Blinks berasa tidak keruan apabila menyaksikan Jennie memperagakan tubuhnya yang seksi dan menggiurkan itu untuk mereka.
Gambar-gambar berikut akan dimuatkan sebagai kempen jenama tersebut sempena Musim Bunga 2022 ini.
Terdahulu, Jennie telah berkolaborat bersama Calvin Klein sejak beberapa tahun lalu dan gambar-gambarnya memakai set seluar dalam Calvin Klein itu mula dipertontonkan sejak tahun 2020.
Sumber: Calvin Klein, kziboom