Rozy, manusia tiruan ini akan ‘debut’ sebagai penyanyi kpop tak lama lagi

Rozy yang kebelakangan ini telah menangkap perhatian netizen di dalam dunia pengiklanan sebagai Pempengaruh Maya (‘virtual influencer’), akan memulakan kariernya sebagai penyanyi kpop tidak lama lagi.

Lagu ‘debut’ Rozy ini bakal digubah oleh Jung Jae Won daripada ‘Vanilla Man‘ yang pernah terbabit di dalam pembikinan album oleh Bolbal4, menurut agensinya, Sidus Studio X.

Rozy, manusia tiruan yang dicipta berdasarkan teknologi sintesis tiga dimensi, adalah berpandukan kepada gabungan wajah yang disukai oleh generasi terkini. Sejak diperkenalkan kepada netizen Korea sebagai Pempengaruh Maya, Rozy sudah pun menjadi model iklan TV dan terbabit di sebagai model iklan Shinhan Life sehingga menjana lebih 11 juta tontonan di Youtube.

Terdahulu pada tahun 1998, manusia tiruan pertama keluaran Korea, Adam dan Lucia telah berjaya melancarkan albumnya, kemudiannya disusuli oleh Kim Rae Ado, pempengaruh maya keluaran syarikat konglomerat, LG Electronics bersama Mystic Story. Lil Miquela, manusia tiruan yang dihasilkan oleh produksi Amerika Syarikat pula telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pada tahun 2016.

Rozy yang mempunyai bilangan pengikut kira-kira 110,000 orang, dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa.

Nota kaki: Kelebihan manusia tiruan ini ialah mereka tidak akan menua, akan lut daripada sebarang cercaan atau pujian netizen dan tidak akan terjebak di dalam mana-mana gosip liar.

Sumber: newsis

loading...