Kang Sung Hoon & Heo Sung Tae, sahut cabaran menari ‘kokain’ sambil membuka baju

Kang Sung Hoon, bekas ahli Sechskies dan Heo Sung Tae, pelakon Netflix Squid Game, antara selebriti Korea yang menyahut cabaran Youtuber  untuk mempersembahkan tarian ‘Kokain’ mengikut gaya mereka tersendiri.

Kang Sung Hoon memuatnaik versi tariannya di laman TikTok manakala rakaman video Heo Sung Tae itu pula ditayangkan menerusi CoupangTV sebagai rencah kepada rancangan komedi popular, SNL Korea Musim kedua kelolaannya.

Kesannya, kedua-dua versi tersebut telah mengundang tawa netizen hingga membawa kepada perbincangan di laman komuniti forum seperti theqoo dan pann nate. Sebahagian netizen meluahkan pendapat mereka tentang beberapa nama penyanyi idol terkini yang popular difikirkan mampu menyahut cabaran melakukan tarian tersebut.

Video parodi tarian ‘Kokain’ itu tertular selepas seorang Youtuber bernama ‘Spearman’ (Broadcast Jockey(BJ) popular daripada laman penstriman AfreecaTV) mempersembahkan tarian Kokain 2021 berdasarkan remix asal gubahan initio dan JERIDE. Untuk melakukannya, mereka perlu membayangkan diri mereka seolah-olah sedang berkhayal sambil membuka baju perlahan-lahan dan akhirnya mendedahkan separuh tubuh badan mereka.

Versi Heo Sung Tae dan Kang Sung Hoon:

Sumber: star mt
loading...