PENTAGON lakar sejarah terbaik untuk karier mereka, juarai jualan album terlaris minggu ini menurut Hanteo & Gaon

PENTAGON  melakarkan sejarah buat karier nyanyian mereka, apabila meraih jualan album terlaris di Korea di dalam seminggu.

PENTAGON berjaya melakukannya dengan album ‘IN:VITE U’ dengan pungutan sebanyak 76,000 unit di dalam seminggu sekaligus merangkul no.1 serta mengatasi artis-artis SM (SMTOWN SMCU EXPRESS), Def (LOVE), Kyuhyun Super Junior (Love Story : 4 Season Project 季) dan Bambam GOT7 (B) yang masing-masing berada di kedudukan no.2, 3, 4 dan 5 di dalam carta album Gaon minggu ini.

Menurut Hanteo , album ‘IN:VITE U’ menunjukkan unjuran sebanyak 8.8575% berbanding album terdahulunya, ‘LOVE OR TAKE’ yang dikeluarkan lebih kurang 10 bulan lalu tanpa kehadiran Jinho kerana masih menjalani khidmat ketenteraan.

Baca lagi: Jinho PENTAGON tak sangka kena nyanyi ala-ala soprano selepas diasak oleh Wooseok

 ‘IN:VITE U’ mengandungi 6 buah lagu dengan ‘Feelin Like’ dijadikan single utama dan ‘comeback’ kali ini pula dibuat tanpa kehadiran Hui. Lagu istimewa ‘The Game’ turut diperkatakan beberapa hari lalu susulan kesudian Jinho melontarkan suara dengan gaya ‘soprano’ di permulaan lagu tersebut.

Sumber: newsis , Hanteo news

loading...