Park Bo Gum kini berkhidmat sebagai tukang gunting berlesen di markas Tentera Laut Korea

Park Bo Gum,yang manis digelar ‘Ahmad Bogum’ dalam kalangan peminatnya di Malaysia, telah melepasi peperiksaan untuk membolehkannya menjadi tukang gunting berlesen di markas tentera laut Korea.

Ketika masih lagi berkhidmat dengan ketenteraan sejak tahun 2020, Park Bo Gum telah mengambil peperiksaan tersebut pada Disember 2021 lalu untuk membolehkannya berkhidmat di markas tentera Gyeryongdae, bertempat kira-kira 160km daripada selatan Seoul.

Sebelum ini, permohonan Park Bo Gum untuk menyertai barisan kugiran tentera laut di dalam pengkhususan piano telah diluluskan oleh pihak tentera laut. Perancangan itu dibuat memandangkan beliau mempunyai kelebihan di dalam bidang muzik setelah belajar mengenainya di Myongji University, malah diberi peluang berlakon sebagai pemain cello di dalam drama KBS Naeil Cantabile selain menyumbangkan suara untuk OST KBS Moolight Drawn By Clouds.

Sejak berkhidmat dengan Tentera Laut, Park Bo Gum telah dinaikkan pangkat kepada Sarjan pada 1 November 2021 dan telah dipanggil untuk membuatkan persembahan di Konsert Orkestra Tentera Laut pada 27 October 2021 lalu selaku hos utama.

Park Bo Gum dijangka akan menamatkan khidmat negara menjelang 30 April 2022 ini.

Sumber: heralds

loading...