Tubuhnya sudah terkulai tidak bernyawa, Kim Jisoo sebak ratapi pemergian Jung Hae In di dalam drama jtbc Snowdrop

Hanya air mata yang mampu dikesat selepas melihat kekasih hati terkulai layu di pangkuannya. Begitulah pengakhiran drama jtbc Snowdrop yang sudah pun menyimpulkan kedua-dua episod 15 dan 16 pada 30 Jan 2022 semalam.

Su Ho (lakonan Jung Hae In) yang mahu meninggalkan pasukan yang dianggotainya, kemudiannya kembali ke asrama untuk menyelamatkan Young Ro (lakonan Jisoo BLACKPINK).

“Sehingga kita bertemu lagi, nanti pulangkan kembali,” ujar Young Ro meminta Suho menyimpan selendang milik abangnya sambil membuka ikatan untuk dipakaikan kepada Suho. Tetapi, Suho membuka balik ikatan itu dan menyerahkannya kembali ke Young Ro.

“Kau tau kan kita tidak akan bertemu lagi selepas ini. Jangan tunggu. Aku akan lupakan kau apabila aku pergi meninggalkan asrama ini,” kata Suho.

Berita Suho, seorang perisik meninggalkan asrama perempuan telah menangkap perhatian parti pemerintah kerajaan. Maka, diletakkan berbagai-bagai titik semakan untuk mengelakkan Suho dan Chungya (lakonan Yoo In Na) terlepas keluar.

Krisis demi krisis berlaku sehinggalah Suho akhirnya memutuskan untuk kembali menemui Young Ro semula di asmara selepas menyedari Young Ro dalam keadaan bahaya (terdengar menerusi radio). Suho meminta Chungya membantu keluarganya di Korea Utara sebagai amanat terakhirnya.

Menyedari Suho telah kembali dan kini keseorangan, Young Ro mahu bertaut dengannya semula. Pasukan tentera kemudiannya menyerbu asrama sehingga menyebabkan Suho dan Youngro terpaksa bergegas menyembunyikan diri mereka ke dalam loteng. Kecederaan akibat tembakan memaksa Suho segera menghubungi Nam Tae Il seraya berkata, “Aku sudah kembali dengan duit berjumlah 300 juta USD.”

Namun demikian, serbuan pasukan tentera secara tidak semena-mena telah membuatkan Suho bangkit melindungi Young Ro daripada terkena tembakan. Tubuh Suho terkulai di pangkuan Young Ro.

“Kau harus hidup walaupun agak sukar, ” kata Suho sebelum menghembuskan nafas-nafasnya yang terakhir. Suho sempat menyerahkan kaset buat Young Ro untuk dikenangi buat selama-lamanya. Young Ro tidak dapat menahan sebak sehingga berteriak sebaik saja melihat tubuh Suho yang sudah kaku tidak bernyawa lagi.

Masa berlalu dengan pilihanraya presiden memberikan kemenangan kepada parti pembangkang. Young Ro kembali semula ke bilik kenangan mereka bersama sambil mendengar ucapan terakhir daripadanya. “Jika aku orang biasa, mungkin aku sudah mengajak kau keluar ‘dating’  apabila kali pertama aku berjumpa dengan kau. Tapi, aku tak pernah kesal menemui kau. Terima kasih, Young Ro kerana memberikan aku bunga. Aku akan mengingati kau buat selama-lamanya. Aku cinta kau, Eun Young Ro,” kata Suho menerusi rakaman kaset.Young Ro yang mendengarnya hanya mampu menangis sambil mengecapi kenangan cinta mereka bersama.

Drama jtbc Snowdrop yang berakhir pada 30 Jan 2022 semalam, mengisahkan kisah cinta antara Su Ho (lakonan Jung Hae In), seorang pelajar di universiti berprestij yang bergegas ke sebuah universiti wanita dalam berlumuran darah pada suatu hari, dan Young Ro (lakonan Jisoo BLACKPINK) , pelajar universiti wanita yang menemuinya dan membantu menyembunyikan serta menjaganya walaupun berdepan bahaya di bawah pengawasan rapi.

Drama jtbc Snowdrop boleh ditonton menerusi disneyplus Malaysia (KLIK SINI).

@kmania.my Akanku kenangmu buat selama2nya – Young Ro Baca artikel 👉http://surl.li/bghpr #Snowdrop #JungHaeIn #kimjisoo #jisoo #blackpink #BlinkMalaysia #blink ♬ Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu – Uji Rashid

 

Sumber: sport khan