SM Entertainment buka permohonan untuk cari bakat baru di seluruh dunia

SM Entertainment, agensi yang bertanggungjawab menghasilkan puluhan kumpulan kpop popular seperti BoA, TVXQ, Super Junior, Girls’ Generation, SHINee, EXO, Red Velvet, NCT, dan Aespa akan membuka permohonan untuk mencari bakat baru.

‘2022 SM GLOBAL AUDITION KWANGYA’ yang dibuka bermula 31 Jan 2022 hingga 20 Februari 2022 ini, dikhaskan buat pemohon yang lahir pada tahun 2003 hingga 2011 tanpa mengira bangsa dan negara. Mereka dikehendaki menghantar kandungan video yang boleh mempamerkan bakat seni mereka seperti menari atau berlakon.

Di samping itu, penyaringan pusingan pertama akan dibuat setiap minggu sebelum ujibakat kedua menyusul kemudian.

Maklumat mengenai ‘2022 SM GLOBAL AUDITION KWANGYA’ boleh diperolehi menerusi laman web yang disediakan (Klik Sini).

Sumber: star1

loading...