[Gempar] Jimin BTS dikejarkan ke unit kecemasan selepas mengadu sakit apendiks, turut didapati positif Covid-19

Park Jimin BTS didapati positif Covid-19 sewaktu hendak mendapatkan rawatan bagi mengubati penyakit apendiks akut di hospital.

Menurut jurucakap agensi Big Hit Ent, Jimin kini di dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan membuang apendiks.

“Jimin mengadu sakit abdomen dan bengkak kerongkong pada 30 Jan 2022. Beliau sempat dikejarkan ke unit kecemasan dan mengambil ujian PCR pada waktu sama. Jimin didapati positif Covid-19 dan penyakit yang dikenalpasti ialah sakit apendiks akut,” kata jurucakap agensi itu.

“Jimin sudah pun menjalani pembedahan mengikut saranan doktor pada awal pagi 31 Jan 2022. Beliau kini sedang di dalam proses pemulihan dan di bawah jagaan rapi kerana mengidapi Covid-19 pada waktu sama. Berkenaan bengkak kerongkong yang dialaminya, Jimin juga semakin pulih daripadanya,” tambahnya lagi.

Big Hit turut memberikan jaminan bahawa Jimin tidak berhubungan rapat dengan rakan-rakan BTS lain.

Ini bukan kali pertama ahli-ahli BTS dijangkiti Covid-19. Suga, Namjoon dan Seokjin juga pernah dijangkiti virus seumpamanya sebelum ini.

Sumber: N/A

loading...