Nam Da Reum bakal sertai khidmat ketenteraan mulai minggu hadapan

Nam Da Reum dijangka akan menyertai khidmat ketenteraan minggu hadapan.

Berdasarkan surat yang dikarang olehnya, Nam Da Reum yang kini berusia 19 tahun tidak diwajibkan untuk berkhidmat lebih awal sekurang-kurangnya sebelum mencecah usia 28 tahun, namun pelakon kanak-kanak itu mengimpikan untuk menyelesaikan kewajipan tersebut sebelum berusia 21 tahun (mengikut umur Korea).

“Tujuan saya tulis surat ini kerana nak bagitahu Uniques (nama peminat) bahawa pada 8 Feb 2022, saya akan direkruit ke dalam khidmat ketenteraan,” kata Nam Da Reum.

Nam Da Reum berlakon buat pertama kali di dalam drama KBS Boys Over Flower

“Sejak kecil lagi, menyertai khidmat ketenteraan lebih awal merupakan salah satu impian saya. Walaupun saya tak dapat pergi ketika berusia 20 tahun, saya berada lega dapat pergi ketika berusia 21 tahun ( 19 tahun adalah umur sebenarnya menurut kiraan dunia). Sebaik saja selesai, saya akan kembali dengan wajah sebagai orang dewasa dan juga seorang pelakon,” ujarnya lagi.

Nam Da Reum merupakan pelakon kanak-kanak yang terkenal menerusi drama seperti KBS Boys Over Flower, SBS Pinocchio, SBS While You Are Sleeping, tvN Golblin dan tvN Start Up, kebanyakannya membawa watak muda kepada pelakon Lee Jong Suk di dalam drama-dramanya.

Selain Nam Da Reum, Yoo Seung Ho antara bekas pelakon kanak-kanak yang berjaya menunaikan khidmat ketenteraan lebih awal sebelum mencapai usia wajib.

Sumber: mk star

loading...