Shin Jimin, bekas ahli AOA baru-baru memuatnaik gambar di laman instagram-nya.
Dengan berbekalkan wajah yang sugul dalam salah satu lampiran serta tubuhnya yang kelihatan semakin mengurus berdasarkan dagunya yang semakin runcing, Jimin telah menggusarkan netizen samada penyanyi itu benar-benar sedang mengalami kemurungan akibat berhadapan dengan kontroversi tuduhan buli terhadap bekas rakan sekumpulannya, Kwon Mina dahulu.
Di dalam gambar berikutnya, Jimin cuba menstabilkan tubuhnya sambil tersengih manja.
Jimin meninggalkan AOA sejak Julai 2020. Dia kemudiannya menamatkan kontrak bersama FNC Entertainment.
Sumber: instagram