[Gempar] Kim Jung Hyun & Seo Ji Hye disyaki telah bercinta sejak setahun lalu, agensi bagaimanapun masih cuba menafikannya

May be an image of 2 people and text

Tertular pagi tadi apabila sebuah portal melaporkan Kim Jung Hyun dan Seo Ji Hye, pasangan pelakon daripada drama tvN Crash Landing On You sedang dilamun cinta.

Laporan edaily itu memetik kenyataan daripada kenalan kedua-duanya yang mengatakan Kim Jung Hyun terjatuh hati kepada Seo Ji Hye kerana sifat femininisme dan kepintaran yang dimilikinya manakala Seo Ji Hye pula terjatuh hati pada Kim Jung Hyun kerana sifat penyayang dan keminatan yang ditunjukkan oleh pelakon itu terhadapnya.

Bagaimanapun, agensi Seo Ji Hye, Culture Entertainment menafikan gosip liar berkenaan. “Kami sudah periksa dengan Seo Ji Hye, dia mengesahkan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan Kim Jung Hyun. Kami keliru,” kata jurucakap agensi itu yang kini sedang berunding dengan Kim Jung Hyun untuk menandatangani kontrak bersama dengannya. Gosip berkenaan disebarkan ketika Kim Jung Hun mahu menamatkan kontrak dengan agensi sedia ada dan mahu memperbaharui kontrak kerjaya lakonannya bersama agensi Culture Entertainment pula.

Tidak cukup dengan itu, portal Dispatch yang terkenal dengan berita sensasi percintaan di antara selebriti-selebriti Korea menyusul kemudian dengan mendakwa kedua-duanya semenangnya sudah bercinta hampir setahun. Dispatch turut menyertakan gambar kedua-dua pelakon itu memindahkan barang ke suatu lokasi, difahamkan bakal menjadi rumah kelamin mereka. Gambar tersebut menunjukkan Kim Jung Hyun tiba di lokasi itu dan kemudiannya disusuli oleh Seo Ji Hye.

Menurut saksi yang ditemuduga oleh Dispatch, mereka akan meluangkan masa berdua-dua terutamanya ketika menyambut hari jadi bersama-sama dengan Seo Ji Hye akan memandu kereta membawa kedua-duanya keluar bersiar-siar ke Seoul. “Sewaktu Kim Jung Hyun mengalami kesukaran dalam hidupnya (antaranya ketika beliau terpaksa berundur daripada MBC The Time di tengah-tengah tayangan drama itu kerana masalah kemurungan dialaminya), beliau banyak bergantung kepada Seo Ji Hye ketika itu.

Sebelum Kim Jung Hyun dan Seo Ji Hye dipertemukan di dalam drama tvN Crash Landing On You pada tahun 2020, mereka pernah berlakon bersama-sama di dalam drama SBS Jealousy Incarnate pada tahun 2016 walaupun tidak digandingkan sebagai pasangan bercinta. Bibit-bibit percintaan itu mula terjalin selepas kedua-duanya selesai menjalani penggambaran berkenaan. Kedua-duanya juga pernah dipertemukan sekejap di dalam MBC Dinner Mate kemudian.

Walaupun sudah disertakan bukti, Culture Entertainment sekali lagi menyangkal gosip percintaan mereka.”Kim Jung Hyun bersemuka dengan Seo Ji Hye di apartment miliknya kerana mahu berbincang mengenainya,” kata jurucakap agensi secara ringkas.

Sekiranya gosip percintaan didapati benar, mereka menjadi pasangan cinta lokasi (cinlok) kedua yang lahir drama popular itu selepas Son Ye Jin dan Hyun Bin.

Sumber: dispatch, edaily

loading...