Jinho PENTAGON tak sangka kena nyanyi ala-ala soprano selepas diasak oleh Wooseok

Bahagian lagu ‘The Game’ yang dimuatkan dalam album ‘INV:ITE U’ yang ditugaskan buat Jinho PENTAGON itu mungkin kedengaran agak berat apabila dia terpaksa menyanyikannya dengan gaya soprano.

Jinho diberitahu di dalam temubual bersama EBS FM baru-baru ini bahawa Wooseok, ahli termuda (maknae) PENTAGON, sengaja menggubah bahagian intro yang sangat mengancam itu untuk dia menyanyikannya secara soprano. Wooseok melakukannya dengan membayangkan bahawa mereka sedang berada di dalam koir berlatarbelakangkan muzikal Harry Potter.

Akui tidak tahu-menahu tentangnya kerana masih berkhidmat dengan ketenteraan ketika itu, Wooseok dikatakan telah melakukan bahagian lagu itu tanpa dimaklumkan kepadanya, barangkali dianggap sebagai cabaran buat penyanyi tertua di dalam PENTAGON itu untuk bangkit semula beraksi sebaik saja selesai berkhidmat.

“Ya, saya gubah bahagian itu tanpa kebenaran daripada hyung,” kata Wooseok kerana mempercayai Jinho mampu menjayakan bahagian agak sukar di dalam lagu berikut.

Sebagai selingan, Jinho akhirnya membelanjakan bahagian intro ‘The Game’ itu secara acapella buat pendengar radio EBS FM. Ia seterusnya mendapat pujian daripada rakan-rakan PENTAGON yang nyata terpegun dengan kemampuannya mengalunkan irama bergayakan soprano itu dengan begitu sempurna sekali.

PENTAGON baru saja melancarkan ‘comeback’ album terbaru selepas hampir setahun tidak berbuat demikian dengan lagu ‘Feelin’ Like’ telah dijadikan single utama. Akan tetapi, ‘comeback’ kali ini dilakukan tanpa kehadiran Hui pula.

Sumber: twitter

loading...