Jejak Jimin BTS hilang tanpa dikesan sejak beberapa minggu, netizen tertanya-tanya ‘Where is Jimin’

Netizen tampaknya begitu merindukan kelibat penyanyi Jimin tetiap hari.

Portal media antarabangsa, iaitu Koreaboo, dan India.com di antara mempersoalkan di manakah Jimin berada ketika ini selepas kali terakhir menyaksikan kelibat beliau di Jeju, Korea menerusi hantaran dibuat olehnya di instagram pada 25 Disember 2022 lalu. Hantaran terakhir di instagram pula dibuat pada 8 Jan 2022 tanpa disertakan kapsyen.

Melalui frasa ‘Where is Jimin’ di laman twitter pula, peminat yang begitu mendahagakan kemunculan Jimin itu semula, berkeinginan untuk mengetahui  samada penyanyi yang pandai menari itu benar-benar berada dalam keadaan sihat atau tidak, mengenangkan Jimin dikenali sebagai seorang begitu penyayang terhadap peminatnya. Selain ‘Where is Jimin’ , Frasa ‘I Miss Jimin’ juga antara yang turut tertular di media sosial.

Memandangkan ahli-ahli BTS diberikan cuti agak panjang sebelum membuat persembahan besar-besar di konsert jelajah Seoul pada Mac 2022 nanti, maka tidak menghairankan buat Jimin untuk menghabiskan cutinya bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan taulan.

Sumber: tenasia

loading...