Rampas ‘daesang’ daripada penyandang sebelumnya, NCT 127 ialah pemenang terbaru untuk 2022 Seoul Music Awards

Seoul Music Awards membuat kejutan dengan mengangkat NCT sebagai pemenang daesang sekaligus merampas gelaran tersebut daripada penyandang empat kali, BTS untuk Album of The Year selain membawa pulang anugerah Best Album Award bagi edisi kali ini.

Dalam majlis anugerah yang berlangsung di Gocheok Sky Dome, Seoul pada 23 Jan 2022 sebentar tadi, “Sticker” keluaran NCT 127 berjaya mengenepikan tiga calon besar iaitu “BE” keluaran BTS, “Your Choice” dan “Attaca” keluaran SEVENTEEN, serta “Hot Sauce” keluaran NCT Dream seterusnya NCT secara keseluruhan diangkat sebagai pemenang tiga anugerah utama iaitu Daesang, Best Album dan Bonsang di dalam Seoul Music Awards ke-31 ini.

Dengan kemenangan NCT 127 ini, maka penguasaan BTS untuk daesang terhenti buat sementara dan rekodnya sebagai pemenang empat kali anugerah itu secara berturut-turut masih terikat dengan pencapaian yang dibuat oleh EXO sebelum ini. Dalam ucapannya, Taeyong NCT 127 dengan nada penuh teruja berkata, “Tak pernah sangka, tetapi kami rasa tersentuh kerana menerima anugerah sebesar ini. Sudahlah untuk bersama sembilan orang agak sukar, tapi inilah tahun kami dapat bersinar akhirnya. Aku rasa agak mustahil untuk capai tanpa kemesraan dan bakat rakan-rakan seperjuangan. Aku begitu berbangga dengan mereka. Aku harap mereka tidak sakit, sihat dan sentiasa gembira selalu.”

NCT Dream mempersembahkan sebuah lagu sempena meraikan kemenangan mereka.

Doyoung NCT 127 yang juga menangis, mungkin kerana berasa amat terharu, sempat mencelah, “Aku pernah mengimpikan dapat anugerah ini sejak sekian lama. Terima kasih kerana bagi anugerah tak ternilai ini, peminat.”

Manakala IU pula menjadi penerima anugerah Best Song Awards menerusi lagu Lilac. Dalam ucapannya IU berkata, “Ketika sedang menghasilkan album Lilac pada tahun lepas, macam-macam perkara gembira berlaku. Namun, bukan senang untuk menghimpunkan pengakhiran 20-an sebagai satu tema kerana saya rasa agak tertekan sekali. Pada masa itu saya tak sedar pun lagu ini bakal menjadi sesuatu yang disayangi. Terima kasih Uaena dan peminat yang menyukai Lilac.”

Seventeen menjadi penerima Bonsang untuk enam tahun berturut-turut manakala ATEEZ dan Kang Daniel pula dinobatkan sebagai pemenang untuk anugerah itu untuk dua kali berturut-turut.

BTS tetap tidak menghampakan apabila membawa pulang anugerah populariti menerusi U+Idol Live Best Artist Award dan World Best Artist Award walaupun tidak hadir ke majlis tersebut untuk menerima anugerah.

Berikut adalah pemenang-pemenang Seoul Music Awards ke-31:

Grand Award (Daesang) : NCT 127 (NCT)

Main Award (Bonsang):

Aespa
Ateez
Brave Girls
BTS
Enhypen
Heize
IU
Kang Daniel
Lim Young-woong
NCT 127
Oh My Girl
Seventeen
The Boyz

Best Song Award: LILAC, IU
Best Album Award: Hot Sauce, NCT Dream

Rookie of the Year:

Epex
Lee Mu-jin
Omega X

Best Performance:

Enhypen
STAYC

Popularity Awards: Lim Young-woong

KWave Popularity Awards: EXO

World Best Artist Award : BTS

U+Idol Live Best Artist Award• BTS

Discovery of the Year • Lang Lee

R&B Hiphop Award • Hyuna

OST Award • Love Always Run Away, Lim Young-woong

Ballad Award • Wendy Red Velvet

Trot Award • Lim Young Woong

Sumber: xsportnews , dispatch

loading...