Lee Hi tinggalkan YG Entertainment, dan kongsi rasa hati dengan peminat

Penyanyi Lee Hi meninggalkan YG Entertainment ekoran kontraknya tamat.

Pada 31 Disember,agensi terbabit telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu seperti berikut:

Hello, ini YG Entertainment.

Oleh kerana kontrak eksklusifnya akan berakhir, agensi kami  telah berbincang secara mendalam mengenainya bersama Lee Hi dan kami sepakat memutuskan untuk terus menyokong antara satu sama lain walaupun tidak lagi bersama.

Selepas menamatkan rancangan “K-Pop Star” musim pertama sebagai juara pada tahun 2011, Lee Hi telah menandatangani kontrak eksklusif dengan YG Entertainment dan membuat debutnya pada tahun 2012. Lee Hi terus berkembang sebagai ‘pelapis vokalis wanita generasi akan datang’ dengan signature vocal tone dan bakat dimilikinya.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Lee Hi kerana menjadi artis YG Entertainment untuk tujuh tahun ini dan kami akan sentiasa  menyokongnya dengan sepenuh hati.

Kami mohon agar peminat Lee Hi akan terus bersorak dan menyokongnya dalam permulaan perjalanannya yang baru.

Terima kasih.

Berikutan berita itu, Lee Hi mengambil akaun Instagram peribadinya untuk menulis surat tulus mengenai perubahan baru dalam hidupnya.

Hai semua. Ini adalah Lee Hi.

Saya di sini untuk menyapa anda dengan berita yang baru dan kurang enak untuk didengari pada hari terakhir 2019. Sehingga akhir tahun ini, saya akan meninggalkan sarang YG, sebuah tempat yang telah lama saya inap.

Seperti yang telah kita habiskan banyak masa bersama-sama, ada banyak kenangan untuk saya imbas kembali. Pada usia 16 tahun, saya telah pergi untuk mengikuti uji bakat dengan impian yang begitu besar sehingga tidak masuk akal, saya dapat menyertai YG, sebuah agensi yang idam ketika saya masih muda, dan dengan bantuan orang ramai, saya telah berjaya menghasilkan serta  melancarkan single pertama saya “1.2.3.4” dan album “First Love.” Memori hari pertama saya di studio rakaman dan saya begitu kagum mendengar suara sendiri. Pada bulan Oktober, saya memantau perjalanan album yang saya keluarkan, jantung saya berdebar-debar dan berdegup kencang. Semuanya masih segar, seperti berlaku semalam.

Malah ketika saya baru bermula sebagai penyanyi, saya fikir masa berlalu begitu cepat, dan sekarang dari satu album, kini saya telah mempunyai 3 album.  Saya berumur 17 tahun dan sekarang saya 24. Ia masih terasa seperti masa berlalu begitu pantas, dan walaupun saya berasa agak sedih, saat-saat itu juga kekal sebagai kenangan berharga yang tidak akan saya lupakan.

Sudah tentu, ia tidak selalu mudah, tetapi agak bernasib baik dalam beberapa perkara. Kakitangan agensi, yang selalu bekerja keras untuk saya di belakang tabir dan seperti kawan lama serta keluarga saya, dan perkara-perkara yang hebat kami cipta bersama adalah sesuatu yang tidak akan saya lupakan.

Oleh kerana ini adalah keputusan yang saya buat selepas satu tempoh yang panjang, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ramai orang di YG yang menyokong keputusan. Untuk permulaan yang baru ini saya akan melakukan yang terbaik untuk membayar balik semua dengan muzik yang lebih baik. Saya meninggalkan agensi, yang telah saya habiskan masa selama 8 tahun, yang mana saya fikir ianya satu tempoh yang lama, dan telah berada di sana untuk perkembangan karier saya. Selepas ini, saya akan lebih bijak ketika memilih agensi seterusnya. Saya berharap dapat menyapa anda tidak lama lagi dengan berita yang baik.

Saya harap tahun baru ini akan dipenuhi dengan perkara yang lebih baik.

https://www.instagram.com/p/B6utdSuhS-K/?utm_source=ig_embed

Apapun jua, selamat tahun baru Lee Hi dan selamat maju jaya!

Sumber : Newsen

loading...