Lee Jung Shin, Choi Ji Woo, Yoon Jong Hoon, Lee Sung Kyung & Kim Young Dae bakal sertai drama tvN Shooting Star

Choi Ji Woo sedang meneliti tawaran lakonan di samping Lee Jung Shin, Yoon Jong Hoon, Lee Sung Kyung dan Kim Young Dae untuk drama terbaru terbitan tvN Shooting Star.

tvN Shooting Star berkisarkan tentang kehidupan mereka yang bekerja di dalam industri hiburan membabitkan golongan artis, kumpulan agensi pengurusan dan paparazi. Choi Ji Woo dan Kim Young Dae masing-masing akan memegang watak selebriti (pelakon) yang digilai ramai, Eun Si Woo dan Gong Tae Sung daripada dua generasi berbeza. Kehidupan Gong Tae Sung pula seringkali dikawal oleh ketua pengurusan agensi hiburan, Oh Han Byul, lakonan Lee Sung Kyung, menyebabkan beliau menjadikan kedua-dua wanita itu sebagai musuhnya.

Oh Han Byul ditakrifkan sebagai seorang yang begitu hebat menyelesaikan krisis melibatkan artis di bawah jagaannya daripada segala aspek manakala Gong Tae Sung pula sebagai seorang artis yang mempunyai ramai peminat kerana senyuman manis serta perangai kesopanan yang dimilikinya tetapi sebenarnya suka membuat hal sendiri dan begitu pemarah orangnya menyebabkan dia sering menjadi perhatian Oh Han Byul.

Yoon Joon Hoon pula akan memegang watak Kang Yoo Sung, ketua pengurusan agensi yang akan berbuat apa saya bagi menutup kerosakan berlaku manakala Lee Jung Shin CNBlue pula akan membawakan watak Doo Soo Hyuk, seorang penasihat agensi hiburan. Turut membuat penampilan ialah Lee Seung Hyup N.Flying dan Park Soo Jin, masing-masing akan memainkan watak pelakon baru, Kang Si Duk di bawah jagaan Oh Han Byul dan wartawan bernama Jo Ki Beum yakni kawan baik kepada Oh Han Byul.

tvN Shooting Star yang bakal mendapat khidmat sutradara Lee Soo Hyun (“tvN Awaken”,”tvN The Witch’s Dinner”) dan penulis skrip Choi Young Woo untuk tayangan di iQIYI pada tahun 2022 ini.

Sumber: news1, IS Plus , OSEN, gujeknews, mk star, edaily

loading...