Video Lelaki Korea sedang seronok beronani di belakang sekumpulan gadis tertular di laman sosial

Seorang lelaki dari Korea didapati telah menunjukkan kemaluannya di belakang sekumpulan gadis dalam satu kejadian yang berlaku di restoren berdekatan dengan Chungbuk National University.

Perbuatan tidak senonoh lelaki itu sempat dirakam oleh gadis berkenaan dan dimuatnaik ke dalam Facebook untuk dicari pelakunya. “Aku nak cari lelaki yang tunjuk zakarnya di belakang meja kami. Kecik saja (merujuk kepada saiz kemaluannya), jadi aku tak tahu nak cakap apa. Dia macam dah ambil video kami, oleh itu kami akan serahkan bukti CCTV pula nanti. Jika kaulah lelaki dalam video itu, jangan lupa mesej kami,” tulisnya di dalam satu hantaran di Facebook disertakan gambar yang telah ditapis berserta videonya.

Dalam video yang dipamerkan gadis berkenaan, lelaki itu dilihat memakai baju berwarna hitam, bertopeng muka, serta mengenakan topi menyebabkan proses pengecamannya mungkin sukar untuk dilakukan. Dia dilihat sedang khusyuk mengambil video sekumpulan gadis di hadapannya sambil tangan kanannya melakukan onani. Namun sebaik saja menyedari kamera telah dihalakan ke arahnya, lelaki itu kemudian panik dan terus cabut lari.

Netizen yang mengulas akan perbuatan tidak senonoh lelaki itu berkata, “Covid-19 makin teruk dan lelaki gila sudah banyak yang keluar,”,”Tak sejuk ke kat luar tu?.” Kegusaran mereka dititipkan di ruang komentar sekiranya kejadian seumpama berlaku ketika mereka keseorangan.

Sekiranya berjaya ditangkap, lelaki tersebut bakal didakwa di bawah Akta Jenayah Seksual yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun, atau denda tidak lebih 5 juta won (~RM 17,553).

Sumber: money today

loading...