Netizen terpana lihat aksi Jang Won Young IVE melentikkan tubuhnya dengan kain yang digantung

Amaran: Senanam yoga terbang yang berbahaya ini tidak wajar dilakukan oleh sebarangan orang tanpa pakar di sisi.

Tular di media sosial apabila Jang Won Young IVE berkongsikan beberapa foto beliau melakukan sesuatu aksi melentikkan tubuhnya dengan kain yang digantung. Jang Won Young mengayunkan dirinya sambil membiarkan kain membaluti hampir separa tubuhnya menyebabkan dia kelihatan tergantung seolah-olah seperti pari-pari yang sedang berterbangan.

Foto yang disertakan dengan kapsyen berbunyi, “Suka ketika aku boleh fokuskan sepenuhnya pada diriku🤍”, itu kemudiannya mendapat ribuan komentar yang rata-ratanya kagum dengan aksi yang ditunjukkan Wonyoung.

Walaupun aksi itu agak merbahaya, namun dengan rutin senaman harian yang berterusan, ia tidak mendatangkan masalah buat penyanyi itu.

Jang Won Young yang kini berusia 19 tahun, ‘debut’ menerusi kumpulan IZONE sebelum meneruskan aktiviti nyanyian menerusi kumpulan kpop baru, IVE di samping juga aktif sebagai hos rancangan muzik KBS Music Bank.

Sumber: xsportnews

loading...