Patung comel BTS edisi terhad keluaran Jepun dibuka untuk pasaran sekarang

Produk patung figura Nendoroid BTS, ‘TinyTAN’ keluaran Jepun itu telah pun dibuka untuk dipasarkan.

Menurut syarikat Good Smile yang bertanggungjawab untuk memasarkannya, patung figura Nendoroid BTS itu adalah edisi keluaran terhad Jepun dan bernilai 51,000 won (~RM179) bagi setiap pakej berisi tujuh ahli BTS kesemuanya.

Patung figura berbentuk Nendoroid ini agak sinonim dengan animasi Jepun dan lazimnya dihasilkan bagi memenui permintaan peminat daripada kalangan ‘otaku’ Jepun. Namjoon, salah seorang ahli BTS, juga mengaku mempunyai hobi menyimpan koleksi berbentuk patung figura.

Hybe sebelum ini pernah mempamerkan patung figura Nendoroid keluaran Jepun ini di stor terbuka ‘BTS POP-UP: PERMISSION TO DANCE di Seoul pada 22 Oktober hingga 21 November 2021 lalu.

Sumber: donga

loading...