Dakwaan beli barangan tiruan & buat pembedahan plastik, Song Ji Ah Netflix “Single’s Inferno” dikecam netizen

Song Ji Ah, bintang realiti tv Netflix Single’s Inferno yang juga seorang Youtuber popular, dikecam netizen baru-baru ini gara-gara memakai barangan jenama tiruan di dalam rancangan realiti tv berkenaan.

Menurut beberapa sumber terdekat,Song Ji Ah dilihat dengan sengaja memakai barangan tiruan tersebut, antaranya baju blaus berwarna merah jambu berjenama Chanel dan baju ‘crop top’ berjemana Dior.

Barangan-barangan yang merupakan keluaran jenama khas Chanel dan Dior untuk Koleksi Musim Panas 2020 tersebut masing-masing dikatakan berharga $2, 569 (~RM 10,747.41) dan $700 (~RM 2,928.45). Netizen turut membandingkan jenama tiruan yang dipakai di dalam video dimuatnaik di dalam Youtube dengan jenama tulen yang dipakai oleh Jennie Blackpink, yang mana penyanyi idol itu mewarisinya daripada ibunya pada sekitar tahun 1990-an.

Kecaman tersebut hadir selepas Song Ji Ah mengaku dia sebenarnya anak orang kaya dan pernah membuat pembedahan plastik ke atas hidungnya bagi mendapatkan raut muka yang jelita masing-masing di dalam video dimuatkan di Youtuber (freezia) dan temuduga bersama MBC Video Star.

Song Ji Ah mula mengecapi populariti selepas membintangi “Single’s Inferno” sehingga menyebabkan Instagram-nya dan Youtube meraih jutaan pengikut di dalam tempoh singkat. Netflix “Single’s Inferno” berkisarkan situasi di mana lima pasangan lelaki dan perempuan yang terperangkap di dalam pulau terbiar. Terkandas dan bersedia untuk bermain cinta, peserta bujang mencari cinta di pulau tanpa penghuni yang hanya boleh ditinggalkan sebagai pasangan janji temu di syurga.

Sumber: N/A

loading...