“Hi sayang” – Taeyong NCT sahut panggilan peminat untuk ke Malaysia

Menyaksikan penyanyi idol menjawab panggilan peminat di laman sosial semestinya menjadi idaman buat sesiapa saja.

Baru-baru ini, seorang peminat berasal dari Malaysia sempat menyelit ketika Taeyong sedang asyik berinteraksi secara langsung dengan pengikut di laman sosialnya.

“Bolehkah kau cakap hi kepada Malaysia?,” tanya peminat itu yang kemudiannya dibalas oleh Taeyong dengan segera.

“Hi Sayang, cakap Hi kepada Malaysia. Aku teringin nak pergi Malaysia ummm,” jawabnya lantas menyebabkan nama Malaysia disebut secara tidak langsung sambil disaksikan oleh ratusan ribu peminat di seluruh dunia.

Klip video ucapan Taeyong itu tertular di media sosial dan disambut oleh netizen daripada kalangan peminat Kpop di Malaysia. Ia mengundang simpati peminat kpop memandangkan Taeyong belum pernah berkesempatan untuk menyinggah Malaysia bagi menyaksikan keindahan panorama dan sambutan menyeluruh daripada sekumpulan besar peminat NCTZen di Malaysia.

Kali terakhir NCT menjejakkan diri ke Malaysia adalah  menerusi ‘K-Wave & Halal Show in Malaysia’ yang berlangsung pada Mac 2019. Namun ketika itu, hanya tiga ahli saja yang hadir iaitu Jeno, Jaemin dan Jisung. NCT setakat ini belum pernah mengadakan sebarang konsert jelajah di Malaysia.

Sumber: twitter

loading...