Donghae Super Junior telah selamat jalani pembedahan lutut

Lee Dong Hae atau dikenali sebagai Donghae Super Junior telah selamat menjalani pembedahan lutut.

Menurut satu perkongsian dibuatnya menerusi laman instagram sebentar tadi pada 16 Jan 2022, Donghae berkata, “Terima kasih atas doa kalian, pembedahan berjalan dengan lancar. Selepas pulih sepenuhnya nanti, aku akan jumpa kalian balik di atas pentas dalam keadaan baik.”

Sebelum ini, Donghae mengaku di depan peminat menerusi platform Bubble bahawa dia disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan lutut ketika mengunjungi hospital baru-baru ini. Kecederaan pada lututnya menyebabkan Donghae tidak dapat menghadiri promosi melibatkan Super Junior pada Oktober 2021 lalu.

Berikutan pendedahan dibuat oleh Donghae tersebut, tanda pagar #getwellsoondonghae berlegar di laman sosial di mana peminat-peminat berpusu-pusu mendoakan beliau agar dapat menjalani pembedahan dengan jayanya.

Sumber: instagram

loading...