“Aku benci manusia” – Seolhyun AOA undang keresahan netizen dengan tangkap layar menghairankan di Instagram

Seolhyun AOA telah menangkap layar suatu ungkapan yang menghairankan yang diperolehi olehnya daripada sebuah buku yang dibacanya baru-baru ini.

Ungkapan tersebut berbunyi, “Aku benci manusia. Aku penat dah tapi aku pun manusia juga. Tak kelakar kah nak mengkritik manusia lagi-lagi diri kau pun manusia? Aku rasa aku tetap manusia, tiada pilihan tapi kena hidup juga dengan mereka. Aku benci manusia lebih daripada orang lain, tapi aku terpaksa terima ketika tengah bergelut ini kerana aku mahu disayangi. Aku rasa kerana aku masih muda.”

Tangkap layar tersebut mengundang keresahan netizen apabila sebilangannya cuba mentafsirkan apa yang di dalam fikirannya samada Seolhyun pernah dikecewakan oleh kawan baiknya hingga menjurus kepada sesi luahan sebegitu. Seolhyun sebelum ini pernah cuba dikaitkan dengan kontroversi buli melibatkan Jimin terhadap Mina AOA disebabkan pergaulan rapatnya dengan Jimin.

Sementara itu, Seolhyun sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaru tvN, The Murderer’s Shopping List bersama dengan Lee Kwang Soo.

Sumber: heraldpop

loading...