[Gempar] Honey Lee sarat mengandung selepas baru sebulan berkahwin

Honey Lee dilaporkan sedang sarat mengandung selepas baru sebulan melangsungkan perkahwinan.

Berdasarkan laporan Sports Trend pada 16 Jan 2022 hari ini, kandungan tersebut berusia empat bulan. Jika tiada apa yang berlaku, Honey Lee dijangka akan melahirkan anaknya pada Jun 2022 ini.

Lee Hanui melangsungkan perkahwinan dengan seseorang bukan selebriti hari ini pada 21 Disember 2021 lalu. Pemenang Best Supporting Actress CARI Kdrama menerusi watak gisaeng di dalam MBC The Rebel itu memutuskan untuk berkahwin selepas masing-masing sudah pun saling mencintai dan mempercayai antara satu sama lain. Kedua-dua mempelai tersebut menjalani hubungan sejak awal tahun 2021 ini.

Honey Lee pernah menjalani hubungan cinta dengan pelakon dan bekas penyanyi G.O.D, Yoon Kye Sang selama tujuh tahun sebelum hubungan itu terputus di tengah jalan pada Jun 2020. Bekas ratu cantik Korea itu baru-baru ini membintangi drama SBS One the Woman bersama dengan Lee Sang Yoon hingga melayakkannya merangkul anugerah Best Actress di SBS Drama Awards 2021

Sumber: sport trends

loading...