“Terima kasih kunang-kunangku” – IU gembira disatukan semula dengan Lee Do Hyun setelah ‘dipisahkan’ begitu lama

May be an image of 5 people

IU baru-baru ini berkesempatan menemui pelakon tvN Hotel del Luna, Lee Do Hyun di atas pentas Golden Disk Awards ke-36.

Lee Do Hyun bertindak sebagai penyampai anugerah daesang, ‘Song of The Year’ untuk diserahkan kepada IU sebagai penerimanya. Beberapa hari kemudian, IU memuatnaik gambar mereka bersama di dalam laman instagram-nya mengingatkan netizen tentang kelibat gandingan mereka di dalam drama tvN Hotel del Luna sebelum ini.

“Cantik, besar dan terima kasih kunang-kunang,” tulis IU mengucapkan penghargaannya buat Lee Do Hyun yang menghadiahkan mereka sebuah pakej berisi macaron. IU tampaknya begitu gembira dengan pemberian hadiah sebegitu.

Jika masih ingat tentang drama tvN drama Hotel del Luna, tragedi memilukan berlaku di mana IU akhirnya terpaksa dipisahkan daripada Lee Do Hyun untuk selama-lamanya setelah Lee Do Hyun menerusi jelmaan kunang-kunang berlalu pergi meninggalkan IU. Penyatuan mereka semula di luar kerangka drama sekurang-kurangnya dapat meleraikan kekusutan di hati peminat Kdrama berkenaan yang mahu melihat gandingan mereka lagi pada masa akan datang.

Baca lagi: Inilah barisan pemenang Golden Disk Awards ke-36; Daesang tetap milik IU & BTS

IU kini sedang bersiap sedia untuk mempromosikan filem terbaru arahan pengarah Shoplifter berjudul Broker.

Sumber: SBS news

loading...