Inilah barisan pemenang Golden Disk Awards ke-36; Daesang tetap milik IU & BTS

May be an image of 6 people

Penyanyi idol terkemuka, IU dan BTS masing-masing dipilih sebagai pemenang daesang untuk Golden Disk Awards ke-36 yang berlangsung pada 8 Jan 2022 hari ini.

IU memenanginya menerusi lagu “Celebrity” menumpaskan pencabar terdekatnya, BTS yang popular dengan lagu “Butter” untuk dianugerahkan daesang bagi kategori Song of The Year manakala BTS pula membawa pulang trofi kemenangan daesang kategori Album of The Year menerusi album BE, menewaskan calon-calon hebat seperti IU, Seventeen, TXT NCT 127, NCT Dream, Stray Kids, dan ENHYPEN.

Baca lagi: BTS diangkat pemenang daesang Golden Disk Awards ke-35, GOT7 ucap terima kasih kerana sokong mereka 7 tahun

Dalam ucapan penghargaan di atas anugerah daesang itu, IU yang hadir berkata, “Awal tahun 2021, mereka bagi saya daesang tapi saya gembira sangat tahun 2021 ini berakhir dengan baik sehingga dapat daesang juga. Lagu ini mengambil sehingga empat puluh orang untuk menghasilkannya. Saya tulis lirik ‘Celebrity’ kerana saya nak bagitahu korang tidak aneh, tapi seorang selebriti.”

“Tahun lepas sangat bermakna kerana saya bekerja kuat untuk hasilkan muzik bagi menyimpulkan usia 20-an saya. Saya ingat inilah cara untuk berterima kasih pada peminat. Akhirnya telah tertutup jua (usia 20-an). Terima kasih Uaena, krew IU serta keluarga saya,” tambahnya lagi.

Ini merupakan pencapaian terbaik IU di dalam anugerah berprestij itu apabila memenangi daesang dalam kategori sama untuk dua kali berturut-turut, rekod yang terikat sama dengan Psy. IU juga ialah penyandang rekod pemenang terbanyak untuk ‘Song of The Year’ masing-masing diraihnya menerusi “Through The Night” (2017), “Blueming” (2020) dan “Celebrity” (2021).

Manakala untuk pemenang daesang kategori Album of The Year pula, BTS mengekalkan kemenangan “Album of The Year” untuk lima kali berturut-turut, memecahkan rekod yang pernah dikecapi oleh EXO sebelum ini. Dalam ucapannya, BTS rasa terharu diberikan pelbagai anugerah daesang sekali lagi.

“Kami hasilkan Butter dan Permission To Dance dengan harapan ramai dapat membendung kesusahan tika ini sambil tertawa dan menari. Nampaknya ianya sudah kena pada orang ramai. Terima kasih atas kasih sayang korang, saya dapat rasa muzik atasi kesemuanya,” kata Suga. “Terima kasih ARMY, kami berpeluang untuk ketawa sekali lagi. Saya berharap korang pun tetap tersenyum ketika melhat kami. Walaupun adakalanya rasa susah, kami akan sentiasa bekerja kuat dengan harapan muzik bagi bagi kekuatan kepada korang,” kata Jin pula.

Taehyung dan Jungkook turut menyakinkan peminat bahawa BTS tidak akan jatuh tapi tetap ke hadapan. “Kami takkan berhenti, tapi akan maju ke hadapan,” ujar Jungkook.

“Dari ‘Rain’ sehinggalah ke lagu terbaru, pelbagai cubaan dan cabaran telah diterokai. Kami telah berjaya maju satu peringkat ke hadapan  sebagai satu kumpulan,” kata J-Hope mengakhiri ucapan BTS untuk anugerah daesang itu.

Selain BTS dan IU, beberapa artis Kpop lain turut membawa pulang anugerah Bonsang. Aespa yang tidak dapat hadir mengucapkan terima kasih pada peminat kerana memberikan mereka kemenangan untuk ‘Digital Song’, ‘Artist of The Year’ dan ‘Rookie of The Year’. Aespa dan BTS merupakan pemenang terbanyak di dalam Golden Disk Awards ke-36 kali ini dengan empat buah trofi diperolehi kesemuanya.

Golden Disk Awards ke-36 ini diadakan di Gocheok Sky Dome bertempat di Guro-gu, Seoul dan dihoskan oleh Sung Si Kyung, Lee Da Hee dan penyanyi merangkap pelakon ternama, Lee Seung Gi. Turut membuat persembahan ialah Stray Kids, The Boyz, Seventeen dan ENHYPEN.

Berikut ialah pemenang-pemenang Anugerah Golden Disk ke-36:

Song of the Year

  • IU – “Celebrity” (*Winner*)
  • Aespa – “Next Level”
  • AKMU – “Nakka” (with IU)
  • BTS – “Butter”
  • Heize – “Happen”
  • Lee Mu-jin – “Traffic Light”
  • Oh My Girl – “Dun Dun Dance”
  • STAYC – “ASAP”

Album of The Year

  • BTS – Be (*Winner*)
  • Enhypen – Dimension: Dilemma
  • IU – Lilac
  • NCT 127 – Sticker
  • NCT Dream – Hot Sauce
  • Seventeen – Attacca
  • Stray Kids – Noeasy
  • Tomorrow X Together – The Chaos Chapter: Freeze

Digital Song (Bonsang)

    • Aespa – “Next Level”
    • AKMU – “Nakka” (with IU)
    • BTS – “Butter”
    • Heize – “Happen”
    • IU – “Celebrity”
    • Lee Mu-jin – “Traffic Light”
    • Oh My Girl – “Dun Dun Dance”
    • STAYC – “ASAP”

Album (Bonsang)

  • BTS – Be
  • Enhypen – Dimension: Dilemma
  • IU – Lilac
  • NCT 127 – Sticker
  • NCT Dream – Hot Sauce
  • Seventeen – Attacca
  • Stray Kids – Noeasy
  • Tomorrow X Together – The Chaos Chapter: Freeze

Rookie Artist of the Year: Aespa, STAYC

Seezn Most Popular Artist Award: BTS

Artist of the Year: Aespa

Best Group: Brave Girls

Best Performance: Jeon Somi, The Boyz

Best Solo Artist: Lim Young-woong

Cosmopolitan Artist Award: Aespa, Seventeen

Sumber: tenasia, mydaily

loading...