Difitnah membuli sehingga imej tercalar teruk, Naeun APRIL tak pinta apa-apa kecuali permohonan maaf saja

May be a close-up of 1 person and flower

Naeun APRIL berbesar hati untuk menerima permohonan maaf daripada penuduh yang memfitnahnya membuli Hyunjoo dahulu.

Baca lagi: Reputasi Lee Naeun APRIL kini tercalar teruk gara-gara tuduhan buli ke atas Hyunjoo

Menurut jurucakap agensinya, DSP Media, kenyataan penuduh tersebut telah disiasat polis dan penuduh tersebut telah didapati menyebarkan maklumat palsu. Kesnya dibawa ke pihak pendakwaraya untuk didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, atas beberapa inisiatif yang dibuat oleh penuduh itu untuk memohon maaf kepada Lee Naeun, antaranya surat yang dinukilnya sendiri untuk dibaca oleh Naeun, Naeun tidak jadi untuk mengambil tindakan mahkamah ke atasnya sebaliknya memaafkan penuduh itu.

Kesannya, netizen dalam kalangan peminat APRIL menyambut baik tindakan yang dibuat oleh Naeun walaupun pedih memikirkan reputasinya yang sudah habis tercalar teruk sebelum ini hingga menyebabkan Naeun mungkin tidak selesa lagi untuk menunjukkan imej keanak-anakan comel di masa depan.

Sumber: money today

loading...