Eric Nam bawa “Before We Begin’ Asia Tour 2020” ke Kuala Lumpur Januari depan

Berita gembira buat peminat-peminat Eric Nam. Penyanyi Korea-Amerika, pencipta lagu dan pengacara ini akan mengunjungi Malaysia sekali lagi sempena Eric Nam ‘Before We Begin’ Asia Tour 2020 ke Kuala Lumpur. Penganjur konsert, Onion Production telahpun buat pengumuman rasmi berkaitan perkara tersebut baru-baru ini.

Eric Nam ‘Before We Begin’ Asia Tour 2020 akan diadakan pada 17 Januari 2020, mulai jam 8 malam bertempat di The Bee, Publika, Kuala Lumpur. Terdahulu, konsert Eric Nam ini diadakan di The Zouk, bagaimanapun ianya bertukar lokasi ke The Bee, Publika. Sebelum berkunjung ke Kuala Lumpur, Eric Nam akan mengunjungi Taiwan, Philippines, Singapore, Indonesia, dan Thailand.

Eric Nam 'Before We Begin' Asia Tour 2020 coming to you in Taipei, Manila, Singapore, Jakarta, Bangkok and Malaysia!

Eric Nam 'Before We Begin' Asia Tour 2020 coming to you in Taipei, Manila, Singapore, Jakarta, Bangkok and Malaysia! Get your tix now!🌹www.ericnam.com🌹1/9 TAIPEI @ Nuzone1/10 MANILA @ New Frontier Theatre1/11 SINGAPORE @ The Pavilion1/13 JAKARTA @ Soehanna Hall1/15 BANGKOK @ Live RCA1/17 KUALA LUMPUR @ The Bee❤️Tag 3 friends and follow us on Instagram and Facebook @onionproduction for a chance to win a pair of tickets to any of the above five shows of your choice!❤️ ⁣⁣Follow us ⁣⁣on social media for more info!⁣⁣⁣📍Instagram: @onionproduction📍Facebook: facebook.com/onionproduction#EricNam #에릭남 #BeforeWeBegin #OnionProduction #ENManagement #CJENM #Kpop #Asia

Posted by Onion Production on Tuesday, December 17, 2019

Sedikit sebanyak mengenai Eric Nam. Eric, 31 tahun memulakan karier muziknya selepas menandatangani kontrak sebagai artis solo bersama B2M Entertainment pada September 2012. Dia kemudian debut dengan EP pertamanya “Cloud Nine” pada 2013. Eric turut merliskan dua lagi EPnya iaitu “Interview” (2016) dan “Honestly” (2018).

Pada 14 November lepas, Eric telah mengeluarkan album Inggeris pertamanya “Before We Begin” (nama serupa yang digunakan untuk siri jelajahnya). Ini adalah salah satu langkahnya untuk memasuki industri muzik Amerika dan mempromosikan muzik K-Pop di seluruh dunia. Antara lagu-lagu yang boleh dijangka akan dinyanyikan oleh Eric Nam dari album terbarunya adalah “Love Die Young” dan “Congratulations”.

Tiket-tiket konsert telahpun mula dijual pada 18 Disember (Rabu) pada harga RM250, RM350 dan RM700 (VIP). Harga tiket tidak termasuk caj pemprosesan. Pemegang tiket VIP berpeluang mendapatkan Super Early Entry Standing Ticket, Admission to exclusive Meet & Greet / Photo Event dan satu barangan eksklusif  yang telah ditandatangani. Tiket boleh dibeli secara atas talian menerusi www.ericnam.com

Eric Nam 에릭남 'Before We Begin' Asia Tour 2020 Tickets ON SALE NOW!

Eric Nam 에릭남 'Before We Begin' Asia Tour 2020 Tickets ON SALE NOW! ESKETIT! 🔥🔥🔥🔥🔥🔥🌹www.ericnam.com🌹#EricNam #에릭남 #BeforeWeBegin #OnionProduction #ENManagement #CJENM #Kpop #Asia

Posted by Onion Production on Thursday, November 28, 2019

Eric pernah mengunjungi Malaysia pada Ogos tahun lepas sempena K-Food Fair dan pernah mengadakan Fan Meetingnya pada 2014. Apa yang mengejutkan, Eric Nam menghadiri satu majlis perkahwinan Melayu dipercayai peminatnya yang telah menjemput Eric hadir.

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti Onion Production di Facebook, dan Instagram. Buat peminat Eric Nam, jangan lupa dapatkan tiket anda dengan segera ya!

loading...