Netizen kecam tindakan ‘menggodam’ twitter Lovelyz semata-mata untuk mempromosikan DRIPPIN

May be an image of 7 people
Tindakan Woollim Ent. menggodam kesemua twitter milik artis-artis di bawah jagaannya, mengundang kecaman daripada netizen terutamanya daripada peminat Lovelyz.

Pada 6 Jan 2022, kemua artis jagaan Woollim iaitu INFINITE, Lee Su Jeong, Golden Child, Rocket Punch, DRIPPIN, Kwon Eun-bi, dan Lovelyz secara serentak menukar profil mereka dengan ‘header’ berentuk kod nombor binar berwarna hijau selain paparan lelaki yang dikenali di belakangnya. Tindakan mereka itu mewujudkan gambaran seolah-olah twitter mereka telah digodam oleh seseorang.

Setelah disahkan sumber, tindakan tersebut hanyalah sekadar gimik daripada pihak Woollim Ent. untuk mempromosikan konsep terbaru untuk ‘comeback’ daripada DRIPPIN. Bagaimanapun, ia mencetuskan perasaan tidak senang hati dalam kalangan peminat Lovelyz yang terpaksa akur akan hakikat pembubaran kumpulan itu dan penggunaan twitter yang tidak lagi aktif untuk tujuan promosi kumpulan kpop lain telah mendatangkan perasaan tidak puas hati. Luahan mereka tertular di media sosial sejak semalam.

Pada 16 November 2021 lalu, kesemua bekas ahli Lovelyz kecuali Baby Soul, iaitu Yoo Ji Ae, Seo Ji Soo, Lee Mi Joo, Kei, Jin, Ryu Su Jeong, dan Jeong Ye In tidak menyambung kontrak bersama Woollim Ent. Meskipun begitu, Lovelyz tidak disahkan pembubarannya oleh bekas majikan mereka.

Sumber: xsportnews

loading...