Bulat macam dirinya juga, bakat anak Kang Ho Dong terserlah sejak kecil lagi

May be an image of 2 people and text

Mungkin ramai tak tahu pelawak dan hos realiti tv Korea terkemuka, Kang Ho Dong mempunyai anak dengan karakter sepertinya ibarat pepatah ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.

Di dalam pertandingan amatur gold anjuran MBN Dream Tree Golf yang ke-9 berlangsung baru-baru ini, Kang Si Hoo yang lahir pada tahun 2009 telah berjaya membuat pukulan 3 di atas 75 par, sekaligus mengikatkan kedudukannya di tangga ke-15. Pencapaian Kang Si Hoo tersebut menaikkan prospek kerjayanya selaku pemain golf di masa hadapan, seperti ayahnya juga Kang Ho Dong yang pernah menjadi atlet gusti suatu ketika dulu sebelum menceburkan diri di dalam industri hiburan sepenuh masa.

“Sekiranya pemukul golf saya bagus, mungkin boleh pergi sampai 230-240m. Saya mahu jadi seperti Tiger Woods,” katanya sewaktu ditemuduga. Kelibat Kang Si Hoo dipertontonkan semula sempena program realiti tv terbaru, terbitan Channel A berjudul “Super DNA Blood Can’t Cheat” yang akan dikemudikan oleh ayahnya nanti.

Program tersebut yang mempamerkan kehidupan ibubapa yang berbakat bersama anak-anak mereka yakni bakal atlet terkemuka di masa hadapan itu, bakal disertai oleh sekumpulan atlet terkemuka iaitu Lee Dong Guk dan anak perempuannya, Jae-ah pemain amatur tennis, Kim Byung hyun dan anak perempuannya, pemain amatur golf Yang Min-yang, Lee Hyung-taek dan anak perempuannya, pemain junior semua jenis sukan, Yang Mina, Nam Hyun Hee dan anak perempuannya, pemain amatur  pedang berpagar, Gong Hai Yang serta Park Chan-min dan anak perempuannya, penembak amatur, Min Ha Yang.

“Seperti orang lain juga, apa saja yang aku nampak persamaan dengan keluargaku, aku teringat bak kata pepatah, ‘Aku tak boleh menipu dengan darahku miliki’,” ujarnya merujuk kepada persamaan dengan anaknya, Kang Si Hoo baik dari segi penampilan (bulat sepertinya jua) mahupun bakat sebagai seorang atlet.

Program “Super DNA Blood Can’t Cheat” ini boleh ditonton mulai 10 Jan 2022 setiap jam 9.10 malam.

Sumber: inews24, sport donga

loading...