Dinanti ramai, Kang Daniel akan kembali ke Malaysia dengan konsert solo pertamanya pada 14 Januari 2023

Wah, nampaknya tahun 2023 akan bermula dengan meriah sekali. Masakan tidak, apabila penyanyi solo dambaan ramai, Kang Daniel akan mengunjungi Malaysia untuk konsert solo pertamanya.

Pastinya peminat Kang Daniel atau dikenali sebagai Danity penuh keterujaan usai menerima perkhabaran ini. Mungkin ada yang tidak sabar untuk turut serta dalam konsert solonya ini. Maklumlah, sebelum ini ramai yang berkongsikan berita bahawa Kang Daniel akan mengadakan konsert “First Parade” di Malaysia dengan maklumat yang amat terhad. Nah, sekarang terbukti Kang Daniel pujaan hati peminat Malaysia benar-benar akan kunjungi Malaysia yang tercinta  selepas diberitakan oleh barisan penganjur dan tulang belakang konsert ini.

KONNECT ENTERTAINMENT, ACO MEDIA dan METALIVE WORLD dengan bangganya mengumumkan bahawa KANGDANIEL CONCERT FIRST PARADE IN MALAYSIA! bakal menggegarkan Arena of Stars, Resort World Genting pada 14 Januari 2023 (Sabtu), 8.30 malam setelah sekian lama menantikan kepulangannya!

Konsert KANGDANIEL <FIRST PARADE> ialah konsert solo pertamanya sejak debut solo pada tahun 2019. Nama konsert itu memberi bayangan kepada permulaan festival yang sedang berlangsung dan merujuk kepada “PARADE,” promosi B-side dari album penuh pertamanya ‘The Story.’

Apa yang menarik mengenai konsert <FIRST PARADE> ialah senarai set lagu-lagu hitsnya telah dikumpulkan sejak tiga tahun lalu dan dibahagikan kepada pelbagai tema. Seperti “Antidote”, “Save U”, “PARANOIA” serta lagu daripada projek “Colour Trilogy” dan album “The Story”.

Tiket berharga RM 899 (VIP), RM 799 (PS1), RM 699 (PS2), RM 499 (PS3), RM 299 (PS4) (harga tertera tidak termasuk yuran pemprosesan) boleh didapati melalui laman web Ticket2u dan RWGenting pada 2 Disember 2022, mulai jam 11 pagi. 

Butiran konsert:

KANGDANIEL CONCERT FIRST PARADE IN MALAYSIA

Tarikh :  14 Januari 2023 (Sabtu)
Masa  :  8.30 malam
Lokasi :  Arena of Stars, Resort World Genting
Tarikh Jualan Tiket :  2 Disember 2022 (mulai jam 11 pagi)
Laman Tiket Rasmi: https://ticket2u.com.my

https://rwgenting.com

Harga Tiket :

RM 899 (VIP)
RM 799 (PS1)
RM 699 (PS2)
RM 499 (PS3)
RM 299 (PS4)

Pemegang tiket layak mendapat fan benefits yang menarik, termasuk Sesi Foto Kumpulan, Poster Bertandatangan Eksklusif, Polaroid Bertandatangan Terhad, Send-off Party & Poster Rasmi!

Untuk maklumat lanjut megenai konsert, sila ikuti laman sosial rasmi ACOMedia di Facebook & Instagram 

loading...