Tular di media sosial, Taehyung BTS belanja video tak berbaju sambil mentekedarah maggi

May be an image of 1 person and indoor

Taeyung BTS mengejutkan netizen di serata dunia dengan mempamerkan videonya tidak berbaju sambil melantak maggi (ramen) menerusi laman instagramnya.

Penyanyi itu dilihat menayangkan swavideo dengan wajahnya yang masih berkumis dan berjanggut kali ini tanpa memakai baju sehingga menampakkan bahagian atas lekuk bahunya yang jarang atau mungkin tidak pernah lagi dipertontonkan kepada peminat. Video itu kemudiannya dihalakan oleh Taehyung ke pintu rumahnya yang mana kelihatan pula salji sedang turun mencurah-curah. Tidak cukup dengan itu, Taehyung juga berkongsikan videonya sedang memasak maggi (ramen) mungkin untuk santapannya pada malam dingin salju.

Akibatnya, perkongsian tersebut mendapat reaksi positif oleh peminat BTS di seluruh dunia sehingga menyebabkannya tertular di laman sosial twitter dengan perkataan “Kim Tae Hyung” menjadi sohor kini.

Bagaimanapun, ada segelintir peminat menyatakan kebimbangannya apabila Taehyung dilihat menyimpan kumis kerana dikhuatiri penyanyi itu kuat meneguk arak. Persoalan peminat itu sempat dibalas oleh Taehyung menerusi laman Weverse dengan berkata, “Kamu kena tahu bahawa kamu takkan nampak lagi kumis ini mulai esok kekeke.” Sejurus daripada itu, perkongsian di instatory telah dipadamkan serta-merta selepas  mencetuskan kegelisahan peminat.

Apapun, tindakan Taehyung ini adalah sesuatu yang agak luar biasa memandangkan sikap penyanyi itu yang begitu berahsia dan agak introvert sebelum ini. Tampaknya, Instagram telah membuka peluang kepada penyanyi itu untuk mendedahkan apa yang tidak diketahui oleh peminat selama ini.

Sumber: Weverse, Instagram, Twiiter

loading...