Lagu TXT diangkat dahului 25 lagu Kpop terbaik sepanjang 2021 oleh Billboard

May be an image of 14 people and people standing

Lagu dendangan TXT, “0X1=LOVESONG (I Know I Love You)” feat Seori telah diangkat sebagai lagu Kpop terbaik pada tahun 2021 oleh editor majalah Billboard.

“Di dalam terasnya, lagu ini ialah lagu cinta, tetapi masih mentah dan punyai ketakutan, menceritakan apa yang berlaku ketika ini, apa yang dirasai pada tahun 2021 serta mesej besar yang Tomorrow X Together mahu sampaikan. Soobin, Yeonjun, Beomgyu, Taehyun dan Huening Kai mewakili generasi pendengar baru yang tidak gentar dengan experiment, mudah goyah dan jujur walaupun dalam keadaan emosi yang sukar,” kata pengkritik yang mengulas keistimewaan lagu tersebut.

Ini kali pertama lagu TXT menduduki tangga teratas di dalam pilihan 25 lagu kpop terbaik oleh Billboard. Sebelum ini, gelaran tersebut didukungi oleh Lover Yourself: Answer oleh BTS (2018), Obsession oleh EXO (2019) , dan La Di Da oleh Everglow (2020). Lagu TXT turut mengatasi lagu kpop paling popular pada tahun 2021, iaitu “Butter” oleh BTS yang sekadar berada di tempat keenam.

Berikut ialah 24 lagi lagu kpop lain yang tersenarai sebagai lagu terbaik pada tahun 2021 (turutan ke bawah paling tinggi)

    • Rosé, “On the Ground” …
    • (G)I-DLE, “HWAA” …
    • Wendy, “Like Water” …
    • STAYC, “ASAP” …
    • EPEX, “Lock Down” …
    • TWICE, “Scientist” …
    • Jeon Somi, “Dumb Dumb” …
    • ATEEZ, “Deja Vu”
    • Taeyeon, “Weekend”
    • Seventeen, “Ready to Love”
    • WOODZ, “Waiting”
    • Younha, “Stardust”
    • fromis_9, “We Go”
    • AKMU & IU, “Nakka”
    • CIX, “Cinema”
    • Stray Kids, “Thunderous”
    • Chancellor feat. Gaeko, “Midnight”
    • NCT Dream, “Hot Sauce”
    • BTS, “Butter”
    • Heize, “Happen”
    • ONEUS, “LUNA”
    • IU, “Lilac”
    • aespa, “Next Level”
    • TXT, 0X1=LOVESONG (I Know I Love You)” feat Seori

Sumber: billboard

loading...