[Gempar] Kanda Sayaka, penyumbang suara Anna “Frozen” Jepun, meninggal dunia dipercayai bunuh diri

May be an anime-style image of 1 person

Penyanyi idol Jepun dan juga merupakan pelakon, Kanda Sayaka meninggal dunia selepas terjatuh dari bilik sebuah hotel bertingkat tinggi yang terletak di Sapporo, Jepun.

Mendiang dikesani di tapak tingkat 14 pada jam 1 petang semalam 18 Disember 2021, dan disahkan meninggal dunia sewaktu cuba dirawat di hospital. Polis sedang mengklasifikasikan kes samada bunuh diri atau kemalangan.

Bagaimanapun, klu menjurus kepada bunuh diri berdasarkan tingkah lakunya sebelum ini. Mendiang turut membatalkan persembahannya di teater muzikal pada hari yang sama, memetik alasan kerana sakit.

Kanda Sayaka , 35 tahun merupakan anak kepada pelakon Kanda Masaka dan penyanyi Matsuda Seiko. Mendiang amat dikenali kerana pernah membawakan suara Anna di dalam “Frozen” versi Jepun sehingga melayakkannya menerima anugerah Best Voice Actress di dalam Seiyu Awards ke-9.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: nhk japan

loading...