Habis seluar Jeonghan kotor dek air kopi tertumpah, Hoshi SEVENTEEN pula tolong rakam & tengok saja

May be an image of 2 people and indoor

SEVENTEEN dijangka akan membuat persembahan di dalam KBS Song Festival 2021.

Namun kejadian tidak disangka-sangka berlaku sewaktu SEVENTEEN sedang bersiap-siaga di bilik menunggu. Di dalam satu hantaran dibuat oleh Hoshi menerusi Weverse tadi, gambar Jeonghan dengan seluarnya kotor akibat air kopi tertumpah dikongsikan untuk tatapan peminat.

Yang membuatkan netizen tersengih apabila Hoshi hanya melaporkan kejadian itu buat peminat tetapi tidak membantu Jeonghan yang terkejut dengan hujung seluarnya yang sudah pun berlumuran akibat kotoran itu. Sebaliknya, Vernon yang tampil untuk membersihkannya.

Tidak dapat dipastikan sesiapa yang menyebabkan air kopi itu tertumpah, namun sebilangan netizen menyangka orang itu mungkin Vernon berdasarkan tingkah lakunya yang agak panik ketika itu. Wonwoo dan Mingyu kemudiannya melambaikan kepada peminat dan memberitahu jangan risau kerana tiada apa berlaku di antara mereka.

SEVENTEEN baru saja mengeluarkan album terbarunya, Attaca yang memperolehi 1.33 juta unit di dalam masa seminggu saja menurut Hanteo dan diiktiraf jutawan oleh Gaon.

Sumber: Weverse

loading...