Artis Kpop popular didakwa buat bunyi bising, jiran ugut mahu pecahkan TV

May be an image of 1 person, guitar and outdoors

Belum pun selesai lagi dengan kontroversi melibatkan pelakon Kim Kyung Nam membuat bising di kawasan kejiranannya, kali ini penyanyi S pula didakwa membuat bising di rumahnya sehingga mengganggu jiran yang tinggal di bawah.

Baca lagi: Bunyi bising sampai ke subuh, jiran Kim Kyung Nam dakwa tak boleh tidur lena

“Situasi sama macam aku. Penyanyi S tinggal di atas rumah aku dan dia selalu main muzik macam bunyi ketukan berhari-hari. Aku pernah mengadu kepada pejabat pengurusan, lalu pengurus hanya belikan aku kek dan mohon maaf saja. Aku pernah cuba balas balik dengan mengetuk dinding beberapa kali tapi tak berhasil pun,” kata netizen itu yang membuat sesi luahan selepas netizen yang berkait dengan Kim Kyung Nam semalam.

“Malah, sehingga hari ini, muzik tetap dimainkan dengan kuat dan aku pernah terfikir untuk hubungi pihak polis. Setiap kali penyanyi itu muncul dalam iklan, aku sampai nak pecahkan TV. Dia pernah nyanyi “Selamat Malam” tetapi aku memang tidak boleh tidur,” kata netizen itu lagi. Berdasarkan klu diberikan, netizen dapat menganggak identiti sebenar penyanyi S berdasarkan mesej ‘Selamat Malam’ dalam nyanyiannya sebelum ini.

Oleh yang demikian, agensi penyanyi S dihubungi bagi menjelaskan kontroversi tersebut. “Penyanyi S tengah hidup kesusahan. Officetel yang didiami oleh mereka itu agak usang dan tidak kalis bunyi, maka pencemaran bunyi mudah berlaku. S juga mangsa . Kerana tidak mahu lagi bertelagah, S akan berpindah ke tempat lain,” kata jurucakap agensinya.

Sumber: TMI , sport khan

loading...