“Selamat tinggal” – Kim Yo Han, Jihan Weeekly & Yeosang ATEEZ akhirnya berpisah sebagai hos ‘The Show’

May be an image of 3 people and people standing

Kim Yo Han WEi, Jihan Weeekly dan Yeosang ATEEZ akan menamatkan tugas mereka sebagai hos rancangan muzik, SBS The Show bermula hari ini, 14 Disember 2021.

Ketiga-tiga mereka melaporkan tugas mereka buat kali pertama sejak lewat Februari 2021 lalu, menjadikan tempoh gandingan tersebut berlarutan sehingga sembilan bulan.

Tidak dapat dipastikan siapakah bakal menggantikan mereka, namun gandingan hos ala-ala adik-beradik yang mesra bergelar #YoSangHan ini mendapat pujian daripada peminat rata-ratanya. Perpisahan mereka sudah semestinya meninggalkan satu kenangan manis buat peminat.

Di dalam ucapan terakhirnya, Jihan Weeekly dilihat tertawa sekejap melihat Kim Yo Han dan Yeosang tersengih di sebelahnya, tetapi kemudiannya tidak dapat menahan sebak sehingga menangis. “Saya berbangga jadi hos ‘ petite puppy’ The Show setiap hari Selasa, termasuklah staf yang menjaga kami, #YoSangHan . Terima kasih kerana memberikan kami memori yang kami tak akan lupakan,” katanya.

Sumber: tv report

loading...