Ingatkan jelitawan manalah tadi, rupanya Jimin BTS dandan rambutnya sampai lurus memanjang

May be an image of 3 people and indoor

Jimin BTS mengejutkan netizen dengan perubahan dirinya yang tampak berambut lurus memanjang.

Di dalam beberapa hantaran dibuat di laman Weverse, Jimin menjelaskan bahawa dia pernah cuba memanjangkan rambutnya ketika di dalam jelajah BTS di Amerika Syarikat bari-baru ini.

“Aku nak tunjuk korang gambar macam mana rambut aku dulu lurus memanjang sebelum dipotong,” kata Jimin. Dandanan yang dibuat ke atas rambut palsunya itu menampakkan Jimin seolah-olah seperti jelitawan jika tidak dicabut topeng mukanya.

Berikutan hantaran Weverse tersebut, gambar Jimin berambut panjang itu tertular di media sosial dengan netizen membandingkannya dengan Lisa Blackpink. Kapsyen “OMG Jimin” kemudiannya menjadi sohor kini dan diciap berulang-ulang kali di laman twitter.

BTS kini sedang di dalam proses berehat panjang selepas menjayakan konsert ‘Jingle Bell Tour’ di Amerika Syarikat sebelum ini.

Sumber: N/A

loading...