Inilah 10 Artis Kpop paling banyak diciap di Twitter Sepanjang Tahun 2020

Twitter mengumumkan 10 kumpulan kpop yang paling banyak diciapkan sepanjang tahun 2020. BTS menerajuinya di hadapan disusuli oleh EXO, Blackpink, Seventeen, GOT7, NCT 127, TXT, Ateez, Treasure dan Stray Kids.

BTS bukan saja kumpulan kpop yang paling banyak diciapkan, tetapi juga merupakan artis paling banyak diciapkan di seluruh dunia. Ini kali keempat secara berturut-turut BTS telah mengekalkan gelaran tersebut sejak tahun 2017 lagi. Malah, ciapan video ‘cover’ nyanyian Jungkook bersama Lauv, “Never Not” yang telah menjana lebih 35 juta tontonan selain 1.6 juta kicauan dan 3 juta tanda suka, tercatat sebagai ciapan kedua terbanyak untuk tahun 2020 selepas ciapan mengenai kematian mengejut pelakon Chadwick Boseman.

Untuk kategori tanda suka terbanyak pada tahun 2020 ini pula, hantaran Taehyung dengan ciapan “Hi Army” berada di hadapan dengan 3.2 juta tanda suka telah dijana.

EXO yang menduduki di tempat kedua ciapan terbanyak, mencetuskan reaksi netizen setelah pengumuman aktiviti solo daripada Suho dan Kai manakala Blackpink pula satu-satunya kumpulan kpop perempuan paling banyak diciapkan untuk tahun 2020. Mengejutkan dalam kalangan top 10 ialah Treasure, kumpulan kpop yang baru ‘debut’ pada Ogos lalu.

Untuk kategori ciapan terbanyak di Malaysia pula, BTS mendahuluinya disusuli oleh EXO, Seventeen, Ateez, TXT, Blackpink, GOT7, TWICE, Treasure dan NCT 127. Sedikit perubahan berlaku di mana Stray Kids digantikan oleh TWICE, menjadikan TWICE dan Blackpink sebagai hanya dua kumpulan kpop perempuan yang paling banyak diciapkan di Malaysia.

Mendahului 10 artis paling banyak diciapkan di seluruh dunia ialah BTS, dan disusuli oleh Kanye West, Beyoncé, Rihanna, Justin Bieber, Cardi B, Blackpink, Drake, Ariana Grande, serta Taylor Swift.

Twitter menyenaraikannya berdasarkan analisis terhadap Kpop Radar dengan sejumlah 6.1 billion ciapan berkaitan Kpop telah dicatatkan sepanjang tahun 2020.

10 Artis Kpop Yang Mendapat Ciapan Tertinggi Di Seluruh Dunia pada tahun 2020:

  1. BTS
  2. EXO
  3. Blackpink
  4. Seventeen
  5. GOT7
  6. NCT 127
  7. TXT
  8. Ateez
  9. Treasure
  10. Stray Kids

10 Artis Kpop Yang Mendapat Ciapan Tertinggi Di Malaysia pada tahun 2020:

  1. BTS
  2. EXO
  3. Seventeen
  4. Ateez
  5. TXT
  6. Blackpink
  7. GOT7, TWICE
  8. Treasure
  9. NCT 127

10 Artis Yang Mendapat Ciapan Tertinggi Di Seluruh Dunia:

  1. BTS
  2. Kanye West
  3. Beyoncé
  4. Rihanna
  5. Justin Bieber
  6. Cardi B
  7. Blackpink
  8. Drake
  9. Ariana Grande
  10. Taylor Swift

Sumber: Twitter

loading...