IVE berdiri megah di sebelah Aespa & Blackpink, album ‘debut’ catat melebihi 100k unit di dalam seminggu

May be an image of 6 people and people standing

Kejayaan demi kejayaan telah diraih kumpulan kpop, IVE yang baru saja menjengah industri seminggu yang lalu.

Bukan saja menjadi kumpulan kpop perempuan yang terpantas raih kemenangan pertama di ‘music show’, malah IVE turut mencatatkan jualan album ‘debut’ melebihi 100k unit, sekaligus meletakkan mereka sebaris dengan Aespa dan Blackpink.

Album EP ‘Eleven’ telah memungut jualan sebanyak 152,229 unit, hanya di belakang Aespa saja menerusi album EP ‘Savage’ sebelum ini iaitu 276,877 unit menurut Hanteo. Rekod yang diperolehi IVE juga meletakkan mereka di hadapan Blackpink dengan album ‘Square Up’ iaitu 102,001 unit. Pemperolehan jualan album sebanyak itu juga meletakkan IVE di tangga ketujuh untuk jualan satu album terlaris di dalam seminggu bagi kumpulan kpop perempuan pada tahun 2021 dengan album “Formula of Love: O+T=<3” oleh TWICE mendahului senarai itu sebanyak 318k unit seminggu.

IVE dibarisi oleh enam orang anak didik Starship, iaitu Gaeul, Yujin, Rei, Wonyoung, Liz dan Leeseo. Wonyoung (Jang Won Young) dan Yujin (Ahn Yu Jin) merupakan bekas ahli IZONE yang telah dibubarkan pada awal pertengahan tahun ini manakala Rei pula ialah satu-satunya artis Kpop bukan berbangsa Korea, yakni berbangsa Jepun di dalam kumpulan tersebut.

Sumber: Hanteo

loading...