Projek drama dibatalkan tiba-tiba, netizen rasa Jaehyun NCT dipermainkan

May be an image of 1 person

Netizen terutamanya daripada kalangan peminat NCT, semenangnya kecewa dengan projek drama terbaru lakonan Jaehyun terpaksa dibatalkan.

Drama yang diberikan judul ‘Bungee Jumping’ itu bakal mengadaptasikan cerita daripada filem dengan tajuk sama pada tahun 2001 lakonan Lee Byung Hyun dan diterbitkan oleh Kakao TV. Namun, perancangan yang dibuat sekian lama itu tidak berhasil selepas Kakao TV mengumumkan pembatalannya secara tiba-tiba pada hari ini.

“Kami dapat tahu penulis skrip sebenar tidak berapa setuju dengan ‘adaptasi’ ini walaupun hakcipta sudah diberikan pada pihak produksi drama. Selepas berbincang, kami memutuskan untuk menghormati kehendak penulis skrip sebenar dan tidak akan melakukannya,” sebut jurucakap Kakao TV sambil memohon maaf kepada para pelakon yang sudah berkecimpung dengan projek drama berkenaan.

Berikutan pembatalan projek drama itu, netizen meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial kerana merasakan Jaehyun dipermainkan ketika dia perlu bekerja keras untuk pelancaran album terbaru NCT, ‘Universe’ tidak lama lagi. Malah, ia merupakan projek drama kedua penyanyi itu selepas KBS Dear M pada awal tahun ini. Kapsyen ‘Jaehyun Deserve Better’ turut tertular di laman twitter sejak tadi.

Apapun, semoga dipermudahkan untuk karier Jaehyun di masa depan!

Sumber: N/A

loading...